Pengikut

Sabtu, 24 September 2011

RAMAI TAK PAHAM LAGI BAGUS..HAHAHA

Ramai yang tak paham dan yang tak tahu Jadi kenalah yang paham dan tahu ni berusaha bagi yang tak paham dan tak tahu tu jadi paham dan tahu.
Memang ada yang dah paham dan yang dah tahu, tapi buat-buat tak paham dan buat-buat tak tahu.
Dan memang ada yang paham dan tahu tapi berusaha keras supaya orang ramai jadi tak paham dan tak tahu...
Senang dan lega sikit katanya...hahaha

kat bawah tiada kaitan dengan yang atas...

Hudud: Soi Lek tak faham pendirian Umno, kata Muhyiddin

BANGI, 23 Sept — Kata dua Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini bahawa ia akan keluar Barisan Nasional (BN) jika hukum hudud dilaksanakan menunjukkan beliau tidak faham pendirian Umno dalam isu tersebut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata Umno sentiasa jelas bahawa ia menyokong hudud secara prinsip tetapi tidak boleh menggubal satu akta sebab Malaysia tidak bersedia ke arah itu.

“Saya percaya kemungkinan Datuk Chua Soi Lek tidak faham pendirian sebenar (Umno) dalam soal (mengenai hudud),” kata beliau kepada pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

Muhyiddin berkata hudud bukan satu isu dalam BN memandangkan Umno dan PAS masing-masing berbeza pegangan politik — seakan antara “langit dan bumi.”

Oleh itu katanya, masyarakat Cina tidak seharusnya menjadi mangsa keraguan kononnya Umno mahu melaksanakan hukum hudud.

Pagi tadi, MCA berkata ia akan meninggalkan BN jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.

“Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional . . . sangat mudah,” kata Dr Chua.

Semalam, Muhyiddin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin PAS.

“Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

sumber : SINI


*Gambar hiasan

Khamis, 22 September 2011

Mana ada!!! usahlah bising macam ayam berak kapur!!! hahaha

Usahlah para pembangkang riuh rendah soal rakyat Bangladesh boleh mengundi...
Usahlah nak ulas lanjut lagi apa yang dikatakan oleh PM Bangladesh.

Tiada warga Bangladesh yang dapat kelayakan mengundi.. tidak ada..
Cuma 14 je...kah kah kah...

Selasa, 20 September 2011

Tun Mahathir terkejut setelah bersara...

Apa yang membuat Tun Mahathir terkejut itu bukanlah sesuatu yang baru...
"Dah lama dah"

Boleh dikatakan semua dah tahu tentang perangai, sikap tersebut.
Nak tahu lebih lanjut kenalah tanya mereka yang dah tak jadi pemimpin.
Yang kalah bila bertanding. Pasti ada cerita
"UMNO is rotten to the core” (UMNO busuk hingga ke ususnya).

Nak tahu kisah tentang cerita yang semua dah tahu ini, iaitu tentang "UMNO is rotten to the core” mai kita pakat baca kat SINI
Kena baca balik cerita itu, al-maklumlah melayu mudah lupa..hehehe

Isnin, 19 September 2011

YES!!! KAMI SOKONG... TAPI...


Sokong!!! tiada yang ingkar.hehe
Yakin dengan tindakan itu telah mengambil kira kepentingan negara.
Kisah sokongan yang diterima PM :
Sebelum itu baca amaran yang diberi oleh Pak Lah kat SINI

Keputusan bijak

KALUMPANG – Pengumuman Perdana Menteri mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dianggap keputusan dinamik dan berpandangan jauh.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Daerah Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, keputusan berani dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak itu diyakini mengambil kira semua aspek dan kepentingan negara.

“Kita terima cabaran ini dan melihat ke hadapan.

“Saya yakin Perdana Menteri sudah menilai perkara ini dan keputusan dibuat juga dinamik serta berpandangan jauh,” katanya mengulas mengenai keputusan Perdana Menteri memansuhkan ISA.

Mohamed Idris ditemui pada Jamuan Aidilfitri Merdeka Dewan Undangan Negeri (Dun dan Umno Gugusan Kalumpang yang diadakan di perkarangan Pejabat Dun Hulu Bernam di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Hulu Selangor, Harumaini Omar.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar; Ketua Pemuda Umno Bahagian, Mahmud Kasim dan Ketua Puteri Umno Bahagian, Zahana Hamdzah.

Dalam Perutusan Khas Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan dua undang-undang baru akan digubal menggantikan akta itu.

Dua undang-undang baru itu digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Sementara itu, Mohamed Idris berkata, cadangan penggubalan dua undang-undang menggantikan akta ISA yang akan dibuat pastinya mengambil kira faktor keselamatan dan membantu negara menangani isu keganasan.

Menurutnya, segala keputusan dibuat akan meneliti keperluan zaman kini sesuai dengan kemajuan serta kepesatan teknologi.
sumber : sini