Pengikut

Jumaat, 18 Mei 2012

TG Harun Taib yang disayangi...


Berusaha menjadi orang yang paham ataupun faqih dalam bab agama adalah usaha yang berterusan.
Selagi ada umur, selagi itulah ianya tidak pernah kunjung padam.
Sayang dan kasih pada orang yang berilmu dan beramal soleh adalah salah satu usaha mendekatkan diri kita pada kepahaman dan meluaskan lagi aras kepahaman kita...

SHAH ALAM - Pas akan terus berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) bagi mendapatkan sokongan dasar perjuangan Islam yang sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, perkara yang terus akan dibincangkan dalam setiap rundingan bersama PR adalah dasar perjuangan Pas dan agenda parti termasuklah melaksanakan hukum hudud.

Menurutnya, sebagai sebuah parti berlandaskan agama Islam, Pas tidak akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan perkara tersebut.

“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR.

“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang.

“Seperti yang dijelaskan, usaha Pas tidak akan berhenti. Pas bukan sahaja berpolitik malah berdakwah,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Pas tidak pernah ‘tutup buku’ atau menyerah dalam soal-soal melibatkan Islam.

“Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, Pas akan ke depan. Ini membuktikan dasar perjuangan kami tidak pernah tersasar,” katanya.
sumber : sini

Selasa, 15 Mei 2012

SENTUH PUNGGUNG KERNA TAK TAHAN SANGAT...

Seorang lelaki bertanya kepada ustaz yang sedang mengajar kat masjid.
Soalnya : Apa hukum sentuh punggung kerna tak tahan sangat gatalnya ketika solat?
Ustaz tu pun jawab, Adapun hukumnya tidaklah batal.
Soal lelaki itu lagi, eh ustaz, saya sentuh tanpa lapik ni...
Ustaz bertanya kembali, Kamu tak pakai kain ka waktu tu?
Pakai, tapi saya gagau belah dalam ujar lelaki itu memberi penjelasan.
Tetap tidak batal kerna sentuh punggung bukan perkara yang membatalkan solat, melainkan terdedah auratnya, jelas ustaz itu dengan nada sedikit ditinggikan.
ooo kalau gitu saya nak tanya satu lagi soalan ni ustaz, boleh tak?
Boleh je kata ustaz sambil membetulkan silanya.
Ustaz, Apa pulak hukum buat senaman punggung depan kediaman orang lain?
Ustaz tadi kehairanan. Inilah kali pertama beliau ditanya soalan sedemikian.
Emm... Nanti saya tanya mufti @majlis fatwa tentang soalan ini. Sebab benda baru..Jawab ustaz dengan sedikit kaget.
Lelaki yang bertanya tadi tunduk dan tangannya menguis-nguis karpet berwarna biru...Ceroi ustaz ni ujar benak hatinya yang kurang berpuas hati...

Begitulah adanya...