Pengikut

Jumaat, 26 November 2010

SURAT PALSU DAN KEBENARANNYA?

Mengemparkan...
Sapa auta siapa?
Mana yang benar dan mana yang mahu jadi penipu?
Atau siapa pedaya siapa?

Baca kat sini

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim hari ini mendakwa ibu pejabat parti itu telah menggunakan surat palsu kononnya ditandatangani beliau, yang mengesahkan pemecatan P Jenapala, yang baru-baru ini meminta mahkamah mengisytiharkan pemilihan tidak sah.

Salehuddin, yang meletakkan jawatan awal tahun, menafikan beliau menandatangani surat seumpama itu dan membuat aduan polis petang ini.

“Pada hari ini, 26 November 2010, pukul 3 petang, saya telah membuat satu laporan polis di balai polis Dang Wangi tentang pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Febuari 2009 yang kononnya dikeluarkan oleh saya selaku Setiausaha Agung PKR pada masa itu.

“Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes saman pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit daripada Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu.

“Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri,” kata Salehdudin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Salehuddin digantikan sebagai setiausaha agung oleh Saifuddin bermula 1 Februari lalu.

Justeru, kata Salehuddin, beliau yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayainya - seolah-olah beliau seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat.

“Saya kepilkan salinan surat tersebut, afidavit balasan saya dan minit mesyuarat Biro Politik PKR pada 30 Ogos 2009, enam bulan kemudian, yang masih lagi mengiktiraf keahlian ahli tersebut.

“Saya berasa kecewa terhadap perilaku mereka di belakang pemalsuan tersebut yang menunjukkan matlamat menghalalkan cara, dan saya berasa amat curiga sekiranya gerombolan-gerombolan tersebut berkuasa di Putrajaya, maka banyaklah institusi-institusi kerajaan yang akan diperkosa seperti yang dibayangkan dalam aduan saya ini,” kata Salehuddin.

Salehuddin berkata beliau akan memanggil satu sidang media dalam masa terdekat berhubung isu tersebut.

“Walaupun saya telah bersara sepenuh masa dari arena politik selama hampir satu tahun, dengan tercetusnya kes ini, saya telah diheret kembali ke dalam kancah politik nasional.

“Walau bagaimanapun, saya menerima cabaran ini demi menegakkan kebenaran sejagat,” kata beliau.

Semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Jenapala, bekas timbalan setiausaha agung PKR, berhubung pertandingan jawatan timbalan presiden parti itu.

Hakim Datuk Aziah Ali menolak permohonan Jenapala dengan kos sebanyak RM15,000 selepas mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung isu bidang kuasa.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili PKR memberitahu bahawa Seksyen 18(C) Akta Syarikat 1966 (Semakan 1987) telah menyatakan bahawa sebarang keputusan yang dibuat parti politik tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Kami berhujah bahawa satu keputusan telah dibuat oleh parti tersebut untuk melucutkan kelayakannya (Jenapala) dan sebab itulah beliau menyatakan pelucutan kelayakan itu adalah salah serta meminta mahkamah mengisytiharkannya,” katanya.

Katanya, hakim juga bersetuju bahawa terdapat satu keputusan yang telah dibuat, justeru, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara tersebut.

Dalam saman pemula bertarikh 18 November lepas, Jenapala berkata permohonan itu dikemukakan bagi mendapatkan satu pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

Sehubungan itu, Jenapala memohon pengisytiharan bahawa pelucutan kelayakan beliau sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden PKR adalah tidak sah dan bertentangan dengan haknya sebagai seorang anggota parti tersebut.

Dalam saman itu, beliau menamakan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Saifuddin sebagai defendan, dalam kapasiti mereka sebagai pemegang jawatan parti tersebut.

Dalam afidavitnya, Jenapala berkata keanggotaannya telah dilucutkan tanpa pengetahuan beliau, dan tidak ada sebarang notis diberikan kepadanya.

Jenapala berkata beliau menyertai PKR pada Mei 1998, dan berkhidmat sebagai timbalan setiausaha agung sejak awal 2008 sehingga peletakan jawatannya secara lisan pada bulan Disember tahun yang sama.

SIKIT PUN BERSYUKUR...

"Menyebut ni'mat Allah itu merupakan kesyukuran dan meninggalkan sebutannya merupakan kekufuran. Sesiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit tidak akan mensyukuri yang banyak dan barangsiapa yang tidak mensyukuri manusia tidak akan mensyukuri Allah. Bersatu padu itu rahmat dan bercerai-berai itu sengsara."
--Diriwayatkan oleh al-Baihaqi

Huraian :
Menyebut ni'mat ialah mengenang dan membuat pengakuan lisan terhadap ni'mat-ni'mat kesenangan, kesihatan, kejayaan, dan keselamatan yang dikurniakan Allah kepada dirinya dan keluarganya.

Kesediaan untuk menyebut dan membuat pengakuan seperti itu dengan jujur merupakan pernyataan bersyukur yang disanjung dan dihargai tinggi oleh Allah sebaliknya kelalaian dan keengganan untuk berbuat demikian merupakan pertanda ketandusan budi bicara yang tidak mengenal kebaikan dan rahmat Allah. Kerana itu, kesyukuran merupakan tugas utama seorang hamba terhadap Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah.

Dengan lain-lain perkataan, kesyukuran adalah baja pertama yang menyuburkan pertumbuhan dan perkembangan iman dan amalan yang soleh, tanpa kesyukuran bumi hati dan bumi roh menjadi begitu kering. Di dalam ibadat sembahyang, kita disuruh membaca surah Al-Fatihah dalam setiap raka'at dan permulaan surat Al-Fatihah ialah "Alhamdulillah" iaitu kata-kata yang melambangkan kesyukuran mutlak, mendalam, tinggi dan meliputi seluruh aspek. Selepas sembahyang disunatkan membaca "Alhamdulillah" sebanyak 33 kali agar semangat bersyukur kepada Allah itu menjadi darah daging kita.

KALAU TANYA, PASTI ITULAH JAWAPANNYA...


Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau engkau tanya mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan, nescaya mereka akan menyatakan 'Allah', jadi bagaimana pula kamu berputar dari kebenaran" (Surah Al-Ankabut:61)

Khamis, 25 November 2010

GAMBAR : KINGS OF AFRICA

Ini antara gambar raja yang ada kat negara Afrika. Dalam negara Afrika tu ada macam-macam negeri rasanya. Tak tahu la pulak mereka ni jadi raja negeri mana.
Pakat tengok dan tahu bagaimana rupa raja kat negara sana.








Rabu, 24 November 2010

HAMBA ALLAH YANG BERSYUKUR : BAGAIMANA KITA?

Setiap penciptaan langit dan bumi dan segala isinya terdapat padanya tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah...

Bagi yang sempurna tubuh badan, ada kekuatan fizikal dan kesihatan tubuh badan pastinya sedar, betapa lemahnya kita kerana masih membiarkan masjid dan surau kosong tanpa diisi oleh orang Islam yang mengaku beriman. Bab ini memang ramai yang kantoi dan sering tidak ada masa dan waktu untuk memenuhi undangan Allah.
Alangkah bermaknanya jika nikmat yang dianugerahkan Allah kita gunalah ia pada tujuan dan jalan-jalan yang diredhai Allah sepanjang hayat kita..




"Allah Maha Besar Lagi Sempurna Kebesaran NYa. Segala Puji Bagi Nya dan Maha Suci Allah Sepanjang pagi dan petang. Kuhadapkan muka hatiku kepada Dzat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan meyerahkan diri dan aku bukanlah dari golongan kaum musyrikin.
Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidup dan matiku semata hanya untuk Allah tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagi Nya dan dengan demikian aku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi Nya. Dan aku dari golongan orang muslim."

Selasa, 23 November 2010

DETIK MALAIKAT MAUT TIBA..( 2 )

Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah rha berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayah, saya katakan kepadanya bahwa ayahanda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.
Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah." Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab: "bahwa pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: bahwa pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku.
Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.
Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku melalui depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar dari singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."

DETIK AKHIR SEORANG PEJUANG...( 1 )

Sebagai pencetus semangat meneruskan hidup dalam mencari redha Allah dan menguatkan lagi kecintaan pada Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW.
Betapa cinta dan kasihnya Dia pada Ummatnya...

Detik Kewafatan Rasullullah SAW

Dari Ibnu Mas'ud ra bahwa ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:
"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."

Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyi la' la." Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Senin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah ra. selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan saja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar ra. agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pingsan.
Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi ribut sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang ribut itu? Fatimah rha. menjawab: "Orang-orang menjadi ribut dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan ibnu Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:
"Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."
Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, yaitu pada hari Senin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa.
Bersambung...

Isnin, 22 November 2010

TANAH MELAYU TERGADAI: DULU ATAU KINI YANG JADI PUNCA?

Atau melayu yang jadi punca?

Sekiranya kerajaan dulu yang tak menjaga dan prihatin tentang tanah melayu yg tergadai ini, memang patut mereka ini ditumbangkan. Jangan harapkan pada yang tak boleh diharap. macam harapkan pagar, pagar memang tak boleh harap.

Tapi sekiranya kerajaan kini yang menjadi sebab banyak tanah melayu tegadai, maka hukumlah dengan hukuman yang setimpal...

Apakah cara yang terbaik bagi menyelesaikan isu ini?
Berapa banyak tanah melayu yang tidak diserahkan geran diseluruh Negara?
Duduk kat tanah tersebut dan berpuluh-puluh tahun, tapi sampai sekarang geran tak diberi dan hanya menjadi umpan ketika pilihanraya semata-mata.
Bukan kat Pulau Pinang je. Tumpuan pada seluruh negara.
Bela dan utamakan rakyat.Bukan perut kroni atau pemaju atau dari kalangan pemimpin parti politik.

Untuk sekadar bacaan sila baca kat sini

BAIK PULIH SEGERA!!!

Nak utama yang mana satu?
Ikan atau Sawah padi?

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan kerajaan negeri Perak segera membatalkan projek ternakan ikan arowana melibatkan 70 pengusaha di Bukit Merah — yang dimulakan sedekad lalu atas alasan menjejaskan kawasan sawah padi.


Sehubungan itu, CAP juga mahu kawasan sawah padi yang ditukar guna untuk ternakan arowana dibaik pulih dengan kadar segera.

“Langkah itu wajar disegerakan kerana projek berkenaan bukan saja menjejaskan matlamat utama bekalan air tasik Bukit Merah iaitu untuk penanaman padi dan kegunaan harian penduduk di daerah tersebut, malah perusahaan ini juga tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan serta boleh mencemarkan alam sekitar,” kata Presiden CAP S.M. Mohamed Idris pada sidang media di George Town hari ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, kata beliau, projek yang bermula pada 2000 itu, dalam skala kecil dengan tidak sampai 10 pengusaha, kini sedang diusahakan oleh 70 pengusaha melibatkan 143 hektar tanah sawah (355 ekar) dengan pembinaan sebanyak 3,808 buah kolam.

Katanya, CAP kesal walaupun projek ini di peringkat awal pelaksanaannya telah dibantah oleh pesawah-pesawah di daerah itu akibat masalah kekurangan air untuk tanaman padi mereka setelah disedut atau dipam oleh pengusaha-pengusaha ternakan ikan, namun tidak ada perhatian serius dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

“Lebih mendukacitakan lagi CAP mendapati projek yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan ini dilakukan tanpa mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan,” kata beliau.

Katanya, walaupun projek tersebut telah bermula sejak 10 tahun lalu, namun masih ada lot-lot tanah sawah yang terlibat belum ditukar statusnya untuk industri akuakultur.

Pejabat Tanah Daerah Kerian hanya menghantar notis pelanggaran syarat tanah kepada para pengusaha terbabit tetapi tidak ada penguatkuasaan undang-undang yang dibuat bagi menutup kolam-kolam yang dibina, kata beliau dalam kenyataan itu.

Mohamed menambah, kawasan penanaman padi yang produktif di bawah Projek Kerian-Sungai Manik ini tidak sepatutnya ditukar guna untuk tujuan lain.

“Kami amat kesal kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan walaupun syarat penggunaan tanah telah dilanggar.

“Kenapa tiada penyelarasan dan tanggungjawab bersama di antara agensi untuk memastikan sumber makanan kita adalah terjamin?

“Projek ini juga tidak dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak,” katanya.

Sehubungan itu katanya, CAP percaya dan merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah itu akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang.

“Dalam tinjauan yang dibuat CAP difahamkan oleh petani-petani yang terlibat, kegiatan menyedut atau mengepam air dari saliran pertanian melalui Terusan Selinsing dan Terusan Bagan Serai di daerah ini terus dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ternakan ikan arowana di kawasan itu,” katanya lagi.

Beliau menambah, CAP dimaklumkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian, akibat kegiatan mencuri air, yang berlaku secara berleluasa, mereka gagal membenterasnya dengan berkesan.

“Para pesawah terbabit mengadu kepada CAP bahawa berikutan masalah kekurangan bekalan yang berlaku pokok padi terencat pembesarannya, buah padi kurang berisi, serangan makhluk perosak dan ancaman rumput menjadi semakin serius dan hasil pendapatan mereka merosot secara mendadak.

“Kajian JPS sehingga Oktober 2010 iaitu dari 15 Ogos 2010 ke 26 Oktober 2010 menunjukkan takungan air di Tasik Bukit Merah menurun sebanyak 0.2 kaki sehari,” katanya.

Tegas Mohamed, CAP berpendapat jika projek ini diteruskan masalah bekalan air sawah di kawasan ini akan menjadi lebih meruncing lagi pada masa akan datang terutama sekali pada musim kemarau jika paras air di tasik berkenaan berada pada tahap yang kritikal.

Air Tasik Bukit Merah bukan saja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah daerah Kerian dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang yang melibatkan kawasan sawah seluas lebih 24,000 hektar, tetapi juga menjadi kegunaan harian 200,000 penduduk yang tinggal di Semanggol, Selinsing, Bagan Serai, Beriah, Parit Buntar, Tanjong Piandang dan Kuala Kurau.

Katanya lagi, CAP kesal dan hairan bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri Perak termasuk jabatan serta agensi berkaitan boleh membenarkan dan membiarkan perusahaan ternakan ikan Arowana ini beroperasi dengan sewenang-wenangnya.

“Agensi seperti Pejabat Tanah, Jabatan Pertanian, JPS dan JAS perlu mengambil tindakan tegas berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya.

Justeru, Mohamad menambah, “apakah ikan hiasan ini lebih penting dari kehidupan petani dan makanan untuk rakyat pada masa akan datang?”

“CAP menggesa projek ternakan ikan arowana di daerah Kerian di sini dihentikan segera dan kawasan sawah padi dibaik pulih,” katanya.
dicopy dari sini

NAK KENA BAYAR PARKING GAK KE?


Majlis Perbandaran kena buat kajian.
Wajar atau tidak...