Siapa pun boleh percaya :
1-Cantas mencantas bukan budaya Umno
2-Rasuah bukan budaya Umno/tiada tempat buat ahli yang rasuah
3-Berebut nak jadi calon bukan budaya Umno
4-Sabotaj member sendiri bukan budaya Umno
Soalnya seperti kata bekas PM kita :
Apa maknanya?!!!
Apapun mai baca tentang Budaya Sabotaj dalam parti melayu :
SHAH ALAM - Budaya lama Umno yang masih memikirkan habuan dan imbuhan
yang bakal terlepas sekiranya tidak dipilih menjadi calon pilihan raya
merupakan salah satu punca kepada perbuatan sabotaj yang berlaku dalam
sesebuah parti.
Hal ini, menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr
Yusof Muhammad, masih berlaku dalam Umno - yang menjadi kerisauan
Presidennya, Datuk Seri Najib Razak - masih berlaku dan terbukti
berdasarkan pengalamannya sendiri.
"Masalah sekarang, ketua-ketua bahagian hendak bertanding. Kalau tak
diberi tempat dia sabotaj... saya pun aktif di bahagian, bila sabotaj
ini, jentera tak akan turun habis.
"Bila jadi ahli jawatankuasa bahagian ini, mereka fikir hendak dapat
projek, jadi bila tidak dipilih ini, bila ramai-ramai ni (masa
perhimpunan agung) semangatlah, tapi bila balik mula terfikir, apa yang
saya dapat?" katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Semalam Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, Barisan
Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga jika ahli
Umno sendiri tidak sabotaj terhadap parti itu dalam Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai
akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir,
sikit... apa itu?" katanya.
Kemudian sambung Najib "Sikit yang dikhuatiri itu, yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)."
Najib kemudian mengemukakan satu soalan cepumas kepada ahli-ahli Umno menjelang pilihan raya yang paling genting ini.
Mengulas lanjut, Yusof berkata, budaya lama Umno ini perlu diperangi sekuat mungkin apatah lagi masa sudah suntuk kini.
"Jangan bagi amaran sahaja, jika ada bukti terus sahaja pecat. Kalau
bagi amaran sahaja tak akan jadi apa dalam keadaan kita hendak berperang
sekarang," katanya sambil menambah, "kalau tak ada sabotaj,
insya-ALLAH, mudah untuk Umno-BN menang dengan majoriti."
Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh ahli Umno mengambil iktibar
daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan terdahulu dan semangat juang di
zaman Rasulullah s.a.w, di mana tidak semestinya ketua yang akan
mengetuai bala tentera di dalam sesebuah perperangan seperti dalam kisah
Khalid al Walid.
Meski dilucutkan kuasa, namun terus berjuang atas nama Islam.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, perkara paling penting
kini ialah kebijaksanaan pemimpin tertinggi untuk meletakkan siapa
'winnable candidate' itu bagi mengelakkan daripada berlakunya sabotaj.
"Kalau kita lihat zaman (bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri) Tun
Dr Mahathir (Mohamad) dulu beliau amat bijak meletakkan calon, walaupun
beliau meletakkan calon yang tidak dikenali di kawasan itu, beliau
berjaya meyakinkan di peringkat bahagian. Ketua bahagian diberikan
peranan lain," ujar beliau.
Mengakui tidak ada mana-mana parti yang seratus peratus sempurna,
Shamsul berkata, penerapan budaya politik dalam Umno yang berubah
mengikut peredaran zaman adalah resepi Umno kejayaan parti itu yang
harus dikekalkan.
"Mengurus sebuah parti dengan keahlian lebih tiga juta, di mana-mana
bahagian dalam dunia ini akan mengalami masalah tetapi Umno sehingga
kini mampu mengendalikannnya.
"Jika budaya (mengutamakan parti) dapat dikekalkan, itulah sebenarnya
transformasi baru dalam parti itu sendiri untuk bergerak ke hadapan.
Kepentingan diri menjadi nombor dua dan parti diutamakan," kata Shamsul.
Beliau mengambil contoh bagaimana peralihan kuasa berlaku dari zaman Dr
Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya kepada Najib.
Ditanya mengenai keyakinan Najib bahawa Umno-Barisan Nasional akan
menang majoriti dua pertiga dalam PRU13 nanti, Shamsul berkata, "jika
tidak ada sabotaj, Umno-BN akan memperoleh kemenangan berganda."
sumber : SINI