Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 29 Januari 2011
PAS BOLEH MENANG : PENGARAH PILIHANRAYA DUN TENANG
Malam ini tepat pukul 12 malam, akan berakhirlah tempoh kempen yang dibenarkan SPR.
Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata, jentera parti komponen Pakatan Rakyat telah bergerak ke tahap paling maksimum sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu.
"Saya akui kita menghadapi saingan yang hebat di kawasan peti-peti undi Melayu tapi kita akan terus ke garisan penamat. “Walaupun sekarang kita tumpu kepada pengundi Melayu, namun kita tak tinggalkan pengundi bukan Melayu yang kita serahkan kepada PKR dan DAP,”
Bacaan lanjut kat SINI
Khamis, 27 Januari 2011
NAK BERGADUH SAMPAI PILIHANRAYA KE 13 KE?
Terus leka bergaduh dan mempertahankan geng masing-masing..
Adakah gaduh sebahagian dari persediaan nak hadapi pilihanraya yang akan datang?
Siasat siapa dalang sebenar
IPOH - Pimpinan PKR Pusat diminta supaya menyiasat dalang sebenar di sebalik isu pemimpin Cabang Pasir Salak yang memburukkan parti itu.
Naib Ketua PKR Cabang Pasir Salak, Abdul Razak Isa berkata, tindakan memburukkan parti memang wujud dan dilakukan kumpulan yang mahu menjatuhkan Mustaffa Kamil Ayub.
Beliau berkata, pihaknya sedia mendedahkan kumpulan itu jika diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan.
“Saya menyokong penuh tindakan pimpinan pusat menangguhkan hukuman itu kerana siasatan perlu dilakukan.
“Kita tidak mahu berlaku sebarang ketidakadilan dalam keputusan yang akan dibuat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Abdul Razak berkata, semua ahli PKR di Pasir Salak terkejut dengan berita yang disiarkan Sinar Harian semalam.
Menurut beliau, rata-rata ahli mengetahui dan mengenali Mustaffa Kamil Ayub lebih dekat malah tidak percaya pemimpin itu akan membuat kenyataan itu.
Sementara itu, salah seorang ahli cabang itu, Mahmood Yahya berkata, sejak dari peringkat pemilihan lagi cubaan untuk menjatuhkan Mustaffa Kamil sudahpun berlaku.
Beliau berkata, semua pimpinan cabang ketika itu kurang senang dengan perjalanan pemilihan yang dianggap sebagai pemilihan secara paksa.
“Ada dalang tertentu yang cuba menghalang Mustaffa Kamil menerajui Pasir Salak seterusnya bertanding jawatan Timbalan Presiden.
“Kita ada maklumat dan pendedahan akan dibuat selepas ini supaya semua pihak sedar siapa sebenarnya orang kuat di sebalik semua ini,” katanya.
Beliau berkata, terdapat tangan ghaib dalam kalangan pimpinan PKR pusat di sebalik semua masalah itu.
Menurutnya, penduduk Pasir Salak begitu simpati terhadap nasib Mustaffa Kamil yang bakal berhadapan hukuman yang bukan berpunca darinya.
sumber : sinarharian
APA KATA KETUA PEHUBUNGAN UMNO KELANTAN?
Bila banjir berlaku kat kelantan, ada yang cakap kerajaan Kelantan (PAS) gagal dalam menyediakan sistem perparitan yang kemas dan baik.
Rupa-rupanya banjir ada juga kat negeri diperintah BN?
Usah kita takbur dengan kehebatan dan kecanggihan yang ada, kerana itu semua tidak mampu menahan ketentuan dan takdir Allah...
Apa yang mampu kita buat dan laksanakan ialah berusaha dan bertawakal kepada Allah.
Allahu Akbar...
Rabu, 26 Januari 2011
GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT YANG MENAKUTKAN..
Gelombang kebangkitan rakyat adalah suatu yang amat menakutkan para pemimpin.
Mana-mana pemimpin yang zalim dan menindas rakyatnya tidak selamanya akan kekal...
Sampai satu masa, rakyat akan bangun dan bertindak..
Adakah mesir akan turut sama berhadapan situasi itu?
3 maut demonstrasi anti-Mubarak di Mesir
2011/01/26
KEHERAH: Tiga dilaporkan maut selepas tercetus protes besar-besar membabitkan lebih 10,000 orang di ibu negara Mesir dan beberapa wilayah bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas mendapat inspirasi kebangkitan rakyat Tunisia, baru- baru ini.
Dua peserta perhimpunan, Ahmed Soliman Gaber dan Mustafa Ragab, meninggal dunia di bandar Suez selepas berlaku pertempuran antara polis dan kumpulan penunjuk perasaan.
Seorang anggota polis, Ahmed Aziz, pula meninggal dunia selepas cedera parah di Kaherah apabila lebih 10,000 penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir untuk menuntut Mubarak berundur selepas lebih 30 tahun berkuasa.
Di beberapa bandaraya termasuk Cairo dan Suez, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mula bertindak ganas, termasuk membaling batu.
Perhimpunan itu dianggap terbesar dalam sejarah Mesir yang padat penduduk itu sejak insiden penunjuk perasaan pada 1977.
Lebih 20,000 hingga 30,000 anggota polis sudah dikerah untuk berkawal di tengah Bandaraya Kaherah apabila penunjuk perasaan berarak dengan membawa sepanduk yang mahu rejim pemerintahan sekarang digugurkan.
Berdekatan bangunan Parlimen pula, polis terpaksa melepaskan meriam air apabila penunjuk perasaan mula membaling batu. - AFP
sumber : sini
Selasa, 25 Januari 2011
KEMENANGAN ITU PASTI TIBA...
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Kejayaan parti Hamas menubuhkan kerajaan di Palestin jelas membuktikan perjuangan Islam di mana-mana sekali pun di dunia ini pasti akan mendapat kemenangan juga akhirnya, walaupun ditentang setiap masa dengan pelbagai cara oleh musuh-musuh Islam.
Hamas dan PAS merupakan parti yang mempunyai dasar perjuangan yang sama, namun cabaran yang dialami oleh para pejuang Hamas jauh lebih hebat berbanding pejuang-pejuang PAS di tanah air.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan pejuang-pejuang Hamas di Gaza jelas berlaku kerana pertolongan Allah kepada mereka, di samping pertolongan sesama manusia di serata dunia.
Menurut beliau, Hamas dan pejuang-pejuangnya bukanlah parti dan nama-nama asing bagi PAS dan umat Islam di negara ini. Oleh itu, pelbagai pertolongan kepada mereka pasti akan terus dihulurkan dari semasa ke semasa.
"Hamas adalah parti Islam yang sama juga dengan PAS di Malaysia. Perjuangan para pejuang Hamas sememangnya memberikan pelbagai pengajaran kepada umat Islam lain.
"Mereka terpaksa menempuhi jalan amat sukar untuk menang, tetapi akhirnya mereka menang juga. Itu membuktikan bahawa perjuangan atas nama iman dan Islam pasti akan berjaya walaupun terpaksa menghadapi tentangan bukan sahaja daripada orang-orang kafir, tetapi pengkhianatan dari kalangan umat Islam sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyambut kedatangan rombongan wakil Kerajaan Hamas di Gaza yang dalam kunjungan mereka untuk menemui beliau di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Rombongan tersebut diketuai oleh Pengarah Besar Pejabat Perdana Menteri Kerajaan Hamas, Hani I. Y. Abu Owda, manakala anggota-anggota rombongannya pula terdiri daripada Muat Haniyyah yang juga anak kepada Perdana Menteri Ismail Haniyyah, Dr Mahmoud Z. M. El Madhoun yang juga Pengarah Besar Program Latihan Diplomasi, Rami J.H. Al Ghamri yang juga jurutera dan Read Abu Dayer yang juga pegawai di Jabatan Perdana Menteri.
Selain Abdul Hadi, turut menyambut mereka di Pejabat Agung PAS termasuklah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha dan AJK Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Mohd Faiz Nawi dan Amran Al-Malizi.
Menurut Abdul Hadi, cabaran dan keperitan yang dialami oleh para pejuang Hamas, antara lain boleh dihalusi dengan cabaran yang dialami oleh para pejuang Hizbullah di Lubnan yang menyaksikan kegagalan musuh Islam dan pihak sekular, walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan tentangan hebat pihak musuh yang menggunakan senjata canggih.
"Kita amat sedih apabila ramai pemimpin dan pejuang-pejuang Hizbullah di Lubnan seperti Hassan Al-Bana akhirnya ditangkap akibat pengkhianatan umat Islam sendiri. Sesudah itu, golongan sekular pula yang mengambil alih tampuk pemerintahan.
"Namun akhirnya terbukti juga, golongan sekular tetap gagal. Yang berjaya adalah perjuangan Islam seperti yang berlaku di Gaza sekarang," katanya.
Apa yang berlaku di Gaza itu, katanya, sewajarnya diambil pengajaran oleh setiap pihak terutama umat Islam sendiri bagi memperkuatkan iman masing-masing agar perjuangan Islam jangan sampai dikhianati umat Islam sendiri.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar seluruh umat Islam sedar dengan kelebihan perjuangan Islam itu sendiri berbanding perjuangan-perjuangan atas nama-nama lain, bagi membolehkan semua pihak kembali bersatu atas nama iman dan Islam, sementara masih diberikan kesempatan hidup di dunia ini oleh Allah SWT.
SUMBER : HARAKAHDAILY
Isnin, 24 Januari 2011
INI CUBAAN KECIL CUMA...
Badan terasa sengal dan haba panas begitu terasa keluar dari mulut.
Tapi terasa dingin sekali. Selimut nipis tak mampu menghangatkan diri. Kena pakai baju yang tebal bagi mengurangkan kedinginan yang melanda...
Radix "mai secawan" tak mampu menghilangkan kesejukan itu...
Kenalah berehat buat sementara waktu. Sambil bermuhasabah diri..
Ini cumalah dugaan kecil.
Alangkah dahsyatnya jika diri dilanda badai fitnah. Tentu lebih getir situasinya dan terasa lebih merunsingkan jiwa dan raga.
Moga-moga Allah beri ruang dan jalan keluar bagi setiap dugaan yang melanda hambanya yang tabah berjuang bagi memberi paham tentang Islam dan kehebatannya...
Setiap detik perjuangan Nabi menjadi pedoman supaya diri lebih cekal dan rela berkorban demi Agamamu...
Ya Allah, berilah kemenangan kepada pejuang dan pembela agamamu, yang sanggup berkorban segalanya..
Engkaulah yang maha tahu setiap hati yang mempertahankan iman, perkataan yang menyeru kepada kebenaran dan mengerjakan amal soleh...
Ahad, 23 Januari 2011
DEDAH PAYUDARA : JANGAN NILAI PADA PAKAIAN...
Ada segelintir masyarakat melayu yang mengaku Islam yang sering mendedahkan sebahagian payudara, memakai skirt pendek hingga ke pangkal paha meminta orang ramai tidak menilai mereka sebagai perempuan murahan hanya kerana berpakaian menjolok mata.
"jangan nilai pada pakaian" "Walau berpakaian macam ni rezeki saya murah"
"saya memakai mengikut majlis dan bersesuaian dengan keadaan"
"Kat Malaysia saya tak pakai macam tu, cuma kat luar negara je"
Ini antara jawapan yang diberi oleh golongan ini bila ditanya tentang cara pemakaian mereka...
Tapi nak pelik apanya, akhbar melayu yang dikuasai orang melayu yang bukan ahli PAS juga yang menjadikan mereka ini sebagai penghias muka depan akhbar dan majalah. Lagi mereka dedah tubuh, lagi akhbar dan majalah nak tayang. Kaedah nak kasi laku akhbar dan majalah barangkali. Pastu siap siar lagi komen yang menghina dan menampakkan kejahilan dan kebodohan.
Pastu dalam surat khabar yang sama dok cerita pasal hukum...
hampa baca pasal soal jawab ini :
APAKAH hukum perempuan bersanggul tinggi?
AWIN, Selangor
ALLAH menetapkan cara bergaul, berpakaian dan berhias yang terbaik di dalam al-Quran sama ada bagi kaum lelaki atau perempuan yang beriman.
Bagi lelaki, Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Nur ayat 30).
Manakala bagi wanita Allah berfirman yang bersambung dengan ayat di atas: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah al-Nur ayat 31).
Setiap lelaki dan perempuan mukmin hendaklah mematuhi suruhan Allah di atas. Hukum bersanggul bagi wanita pula, tiada larangan khusus mengenainya.
Dengan kata lain, ia masih dibenarkan apabila memenuhi syarat berpakaian bagi seorang wanita itu berada bukan bersama mahram dan di luar rumah seperti menutup aurat, tidak menampakkan tubuh badan (tidak ketat) dan tidak menarik perhatian ramai.
Ini kerana cara berpakaian yang membuka aurat, ketat dan menarik perhatian ramai dan seterusnya bergaul bebas antara lelaki dan wanita bukan daripada ajaran Islam.
Namun terdapat hadis yang menyentuh persoalan akhir zaman dengan masyarakat manusia mula melupai ajaran agama. Mereka tidak menghiraukan tata cara bergaul dan berpakaian yang diajar agama.
Mereka lupa tanggungjawab untuk mendidik keluarga dengan ajaran agama. Ini berlaku sama ada kepada kaum lelaki atau wanita.
Contohnya, Rasulullah bersabda: "Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat." (Riwayat Ahmad).
Seterusnya: "Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini." (Riwayat Muslim).
Hadis ini perlu difahami secara umum dan dalam konteks tertentu seperti di atas. Ia bukan boleh dijadikan asas hukum wanita bersanggul tinggi semata-mata.
Ini kerana hadis berkenaan menceritakan wanita-wanita terlaknat kerana mengabaikan ajaran Islam. Begitu juga dengan kaum lelaki yang disebutkan di atas. Walaupun begitu, kita hendaklah berwaspada supaya tidak melakukan perbuatan sedemikian.
SUMBER : KAT SINI
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan YB Kulim
"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.
“Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” kata Dr Chua.
Barangkali DAP punya angkaralah ni. Agak-agak akan ada ke ulasan dari YB Kulim ini? Pejuang dan pembela Islam macam YB ini memang sukar dicari ganti. Hebat dan begitu berani dengan Anwar Ibrahim. Kalau setakat Presiden MCA apalah sangat. Tentu banyak isu yang nak diterangkan pada Chua Soi Lek tentang Islam yang sebenar.
Moga-moga ada yang nak dipersalahkan nanti..