Kalau anda pergi ke bazar Ramadhan dan berniat nak membeli MURtabak, anda dinasihati supaya memastikan telur ayam yg digunakan oleh peniaga dibasuh terlebih dahulu.
Anda boleh bertanya pada penjual terlebih dahulu samada telur ayam yg digunakan dibasuh dahulu atau tidak.
Saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana telur yg digunakan oleh penjual murtabak ( Segelintir sahaja ) mengandungi najis ayam, dan najis itu masih melekat dikulit telur.
Oleh yg demikian, disarankan kepada pengguna dan pembeli muslim mengambil berat soal kebersihan makanan yg hendak dibeli. Begitu juga penjual yg tidak menutup aurat. Sebaiknya kita mencari penjual yg menutup aurat. Biarlah keberkatan itu ada pada makanan yg kita beli dan makan. Mudah-mudahan kita memikirkan soal ini barang sejenak.

** keterangan gambar : Sekadar hiasan
sekian. Wassalam.