Assalamualaikum.
Harus menggunakan Kalimah Allah dan bagaimana pula Penyelewengannya?
Sekian lama kita paham dan mengerti betapa keazaman dan ketekunan golongan Yahudi dan Nasrani memcari ruang dan peluang untuk memesongkan Aqidah Ummat Islam sehinggalah kita ummat Islam mengikut jejak langkah mereka
Ini adalah berasaskan dalil dari Al-quran dalam surah Al-baqarah ayat :120
Dari ayat itu turut disebut bahawa petunjuk Allah adalah sebenar2 petunjuk,dan jika kita Ummat Islam mengikut keinginan golongan ini, setelah datang kebenaran kepada kita, maka Allah tidak akan sekali2 menjadi pelindung dan penolong bagi kita.
Amaran dan peringatan kepada Ummat Islam supaya berhati2 dengan dakyah, perancangan halus, tektik dan tekanan golongan ini kepada Ummat Islam sehingga kita akur, tunduk dan taat pada suruhan mereka, samada melalui amalan, perbuatan, perkataan dan kecenderungan kita.
Menggunakan Kalimah Allah asasnya adalah harus bagi semua penganut agama samawi. Tetapi secara jelas dan terang Allah menyatakan bahawa penyelewengan padanya adalah jelas KUFURRRR.
Dua perkara berbeza, penggunaan dan penyelewangan. sekiranya penggunaanya untuk penyelewengan maka diharamkan dan siapa orang Islam yg menyokong penggunaannya untuk penyelewangan maka rosak aqidahnya.
Soalnya di sini, adalah golongan kristian menggunakan kalimah Allah untuk menyatakan kebenaran atau berdakwah atau memberi maklumat tentang Allah secara betul dan tepat?!!
Sudah jelas kekufuran mereka tentang kepercayaan mereka bahawa Isa itu anak Allah. Adakah ini yg kita sokong?
Demi Allah, siapa yg menyatakan bahawa Isa ibnu Maryam adalah Anak Allah, telah menjadi KAFIR secara Jelas dan terang.
Dalilnya adalah dari surah Al-Maidah ayat 72 dan 73:
Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah Al-Masih anak Mariam…”.......Sungguh!“Telah menjadi kafir mereka yang menyatakan sesungguhnya Allah adalah yang ke-tiga dari tiga...” hinnga akhir ayat 73.
Kesimpulannya: Betullah Apa yg disebut oleh Dr Harun Din. Menyeleweng pada menyatakan keesaan Allah akan menjadi KUfur... Hakikat yg kita tahu, itulah kepercayaan yg dianuti oleh puak kristian di Malaysia.
Sejarah telah membuktikan Gerakan kristianisasi di Malaysia berlaku dengan halus dan sukar ditanggani. Kes murtad tidak terkawal sebelum ini, adakah ia akan menjadi barah yg sukar diubati dalam masyarakat kita?!!
Yang silapnya Kejahilan dan mengekalkan kejahilan.
Wassalam