Mana satu tindakan waras dan tindakan kurang waras?
Satu lagi, yang mana tindakan yang warasnya kurang dulu, kini dan selamanya..
Tanda-tanda saat akhir makin kelihatan..
Baca berita ini :
SHAH ALAM – MCA menegaskan kepentingan pelajar di universiti tidak
seharusnya dikorbankan demi agenda sesetengah pihak kerana golongan
pelajar adalah harapan negara di masa depan.
Naib Presidennya, Senator Gan Ping Sieu berkata, isu Perbadanan Tabung
Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sekarang seharusnya menjadi peringatan
kepada semua pihak agar politik yang mengabaikan kebajikan rakyat
dinyahkan dari negara ini.
"Saya menegaskan pendirian saya bahawa PTPTN dikekalkan, saya tidak
kisah apa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) katakan. Memansuhkannya adalah
polisi yang silap.
“Tetapi untuk membekukan pinjaman ini di universiti yang dikawal
kerajaan PR adalah sesuatu yang tidak waras,” katanya dalam satu
kenyataan semalam.
Selain itu, Ping Sieu turut mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN)
agar tidak termakan umpan politik murahan PR yang mahu menjadikan diri
mereka wira segera dalam isu PTPTN.
“BN harus berwaspada terhadap taktik kelas rendah yang bertujuan
mengalihkan perhatian kita daripada isu-isu dasar yang sebenar,”
katanya.
Semalam, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, mengesahkan
pembekuan kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut Universiti
Selangor (Unisel) ditarik balik atas alasan kurang kemampuan kerajaan
Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan percuma.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan
keputusan PTPTN membatalkan keputusan membekukan kemudahan pinjaman
kepada penuntut Unisel sebagai langkah yang baik.
"Baik," kata beliau ringkas, sehari selepas menyifatkan langkah PTPTN menyekat penuntut-penuntut Unisel sebagai tidak wajar.
Sumber : sini