Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 25 Disember 2010
GAMBAR PUN KENA HARAM? LAGI HEBAT!!!
Memang adil..
Adil cara 1 malaysia kot..
Bila Selangor haramkan logo 1 Malaysia, melanggar pelembagaan kata depa.
Cerita kat bawah ni entah melanggar apa ntah...
ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.
“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.
“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.
“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.
“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.
Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.
Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.
“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.
“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut.
Sumber : Sini
Jumaat, 24 Disember 2010
SEDIH DAN PERASAAN TERGURIS : MANA YANG AULA?
Kita baca 2 cerita ini dan kita buat perbandingan mudah.
Mana yang lebih memilukan hati dan
mana yang lebih mengguris perasaan...
Situasi mana yang amat perlu diberi perhatian segera dan perlu menjadi tajuk utama berita?
CERITA SATU :
TANJUNG IPOH – Seorang warga emas yang tinggal di kampung Tengah Ulu di sini, hidup sendirian di rumah usang, setelah semua tujuh orang anaknya mendirikan rumah tangga.
Difahamkan, rumah itu sudah berusia lebih 40 tahun dan hampir separuh dinding rumah itu sudah rosak dan berlubang akibat dimakan anai-anai.
Awi Ahmad, 73, berkata, masalah menjadi semakin teruk apabila anai-anai itu sudah mula merebak hingga mereputkan dinding dan dia terpaksa menadah air menggunakan bekas setiap kali hujan kerana bumbung rumahnya bocor.
“Saya juga mengalami masalah penglihatan akibat tergelincir di atas tikar getah yang licin kerana dimasuki air hujan. Keadaan ini menyukarkan saya bergerak untuk membersihkan sarang anai-anai yang semakin besar di dinding rumah.
“Saya tidak menyalahkan anak-anak kerana tidak membantu saya. Mereka ada keluarga sendiri yang perlu ditanggung. Biarlah saya hidup susah tetapi tidak mahu melihat anak cucu mati kelaparan dan mereka berhak menerima kehidupan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Awi, yang lebih dikenali sebagai bidan Dewi Ahmad berkata, dia ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan dan jumlah itu cukup untuk menanggung perbelanjaannya.
Selain itu, katanya, dia memperoleh pendapatan hasil mengurut orang dan juga aktif mencari akar kayu untuk mengubati pelbagai penyakit, namun keadaan kesihatan tidak mengizinkannya ke hutan lagi.
“Pada 2009, saya ada membuat permohonan kepada pihak berkaitan untuk membaiki bumbung dan baik pulih rumah.
“Namun, sehingga kini, saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas positif. Saya berharap proses permohonan itu dapat dipercepatkan,” katanya.
dicedok dari sini
CERITA DUA :
Hati Peniaga Terguris Diarah Tanggal Simbol 1Malaysia
BANTING, 23 Dis (Bernama) -- Seorang peniaga kedai serbaneka di sini Khamis berkata beliau rasa terguris bila diarah menanggalkan simbol nombor 1Malaysia pada papan tanda kedainya.K Thiyagarajan, 26, salah seorang rakan kongsi kedai itu berkata premis perniagaannya menerima notis Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengarahkan simbol 1Malaysia ditanggalkan dari papan tanda itu selewat-lewatnya semalam.
Bagaimanapun, setakat pagi tadi tiada tindakan diambil terhadapnya sekalipun beliau masih tidak mematuhi arahan itu.
Thiyagarajan berkata beliau merasa seolah-olah ada campurtangan politik dalam perniagaannya sedangkan beliau tidak terlibat dalam politik dan program 1Malaysia itu adalah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.
Thiyagarajan mempersoal mengapa logo itu perlu ditanggalkan kerana para peniaga membayar lesen iklan.
Laporan sebuah akhbar Inggeris hari ini memetik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu sebagai berkata Selangor melarang pemasangan logo 1Malaysia kerana ia 'logo politik'.
Logo itu pesanan politik dari Barisan Nasional dan ini bertentangan dengan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan, kata Liu.
-- BERNAMA
begitulah adanya...
Khamis, 23 Disember 2010
TRAGEDI MELAYU TIPU MELAYU : DEDAHKAN SIAPAKAH BANGSAT ITU?
Maka akan mudahlah melayu diperkudakan dan dilembukan oleh puak yang hanya fikir perut besar mereka dan keluarga mereka semata-mata.
Akhirnya terbongkar kisah bagaimana "bangsatnya melayu atau separa melayu kerna perut sendiri paling utama"
Adakah ini sebahagian kisah kebangsatan tersebut ?
Khir akui BN jual tapak surau Al Hidayah
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 23 Dis: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan tapak surau Al Hidayah, Rawang dijual semasa pentadbirannya iaitu pada 2003 tetapi telah dijual sebelum tahun 2000 lagi. (Gambar: Demo ini sepatutnya diadakan di depan bangunan Umno atau MCA, kata Faekah) Ini bererti tapak surau itu dijual ketika kerajaan Selangor dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dimana Umno menguasai sebahagian besar kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. (Gambar: Surau Al Hidayah pekan Rawang yang kini menjadi pertikaian) Tanah itu kini dimiliki oleh SAP Holding bekas anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang telah dijual oleh kerajaan negeri kepada pihak swasta. |
Rabu, 22 Disember 2010
JANDA ANAK SATU YANG GIAN
Sumber asalnya dari sinarharian edisi Terengganu.
Janda gian masuk perangkap
Biarpun sudah mempunyai seorang anak yang bersekolah dalam Tahun Dua di salah sebuah sekolah rendah di Paka, namun tanggungjawab sebagai ibu tidak menghalang janda muda berusia 24 itu keluar malam untuk mencari pasangan bagi melepaskan gian dadah.
Aktiviti songsang itu biarpun pernah mengheretnya ke tirai besi setelah dicekup polis dua tahun lalu, namun ia belum cukup memberi pengajaran buat pelayan restoran itu.
Malah dia yang meninggalkan bangku persekolahan sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana bertemu jodoh itu dilaporkan terus aktif mendapatkan bekalan dadah sehingga terperangkap setelah ditahan polis ketika bersama teman lelakinya di sebuah rumah dekat Limbong, kira-kira 5.30 awal pagi kelmarin.
Selasa, 21 Disember 2010
Jamil Khir, Ketua Wanita Umno, Jakim, Puteri Umno dan Ulama Muda.
Baru-baru ini Datuk Seri Jamil Khir Baharom dah sebut :
Fahaman pluralisme agama bertentangan dengan Islam
"Fahaman pluralisme agama ialah satu kronologi yang dianggap sebagai kepelbagaian dan kemajmukan dengan membawa maksud semua agama adalah sama dan benar.“Hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar kerana ia menyentuh soal akidah umat Islam.
“Islam adalah agama yang Ad-Din dan sempurna dan fahaman ini mampu memesongkan akidah umat Islam kerana membawa kesamarataan kepada semua agama,Itu kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Cuba kita semua tengok gambar kat bawah ni:
Pastu baca yang kat bawah ini supaya jelas dan terang :
KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADHIRI OLEH ORANG ISLAM
4.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam boleh dihadhiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
4.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya;
i. menyertakan simbul-simbul agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.
4.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian bewarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.
4.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli sunnah wal jamaah.
Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menyolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyingung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.
Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
4.1.5 Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
BOLEH RUJUK KAT LAMAN WEB JAKIM
Bila dah selesai baca dan mengkajinya.. Maka AMAT JELAS LAGI TERANG,.
Mana yang main-main dan mana yang betul-betul main.
Isnin, 20 Disember 2010
APA YANG DIBUAT SEMUANYA TAK KENA...
Terus menerus kekal mengikut landasan Islam dan tidak sekali-kali goyah dalam memastikan dasar keadilan Islam terlaksana.
Ikut apa yang telah ditetapkan syariat pasti tidak sesat selama-lamanya...
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
ULASANN TENTANG KONVENSYEN KE-2 PAKATAN RAKYAT
Harakahdaily
Pakatan Rakyat menegaskan sekali lagi misi bersama dengan mengemukakan tawaran-tawaran baharu kepada pengundi Malaysia dan mencabar takrif Umno dan Barisan Nasional terhadap prinsip-prinsip dasar negara.
Di konvensyen kedua Pakatan di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini, parti-parti gabungan itu bertemu dengan persediaan menghadapi pilihan raya sebagai agenda utama.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengemukakan apa yang disebut sebagai rekod kejayaan kerajaan negeri pimpinan DAP itu membela semua bangsa sehingga kontraktor Melayu mendapat sebahagian besar kontrak Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perparitan dan Saliran melalui tender terbuka di negeri itu.
Sambil mengalihkan tumpuan pada Umno, Lim menegaskan bahawa isu Melayu terpinggir hanya kempen Umno untuk memburukkan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula mendedahkan kegagalan-kegagalan pemerintah terutama dalam program-program ekonomi.
"Keseriusan kita memperjuangkan pelbagai isu di Parlimen, sebagai contoh isu pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST Act), isu kenaikan harga minyak, isu penyelewengan wang rakyat dan lain-lain isu membuktikan bahawa komitmen kita demi rakyat berada pada landasan yang betul.
"Akibatnya Umno-BN cemas dan lebih berwaspada. Mereka kini lebih berhati-hati dalam bertindak kerana tahu rakyat akan memilih pakatan yang membela mereka," tegas Wan Azizah.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan yang realistik menekankan sekali lagi agenda memulihkan negara daripada kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pemerintahan BN selama ini.
Jelas Hadi, Pakatan telah bersepakat "mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau," tegas Hadi, menjawab tuduhan Umno yang mengaitkan Pakatan dengan penghakisan kedudukan istimewa Melayu.
Ketiga-tiga ucapan membawa tema konvensyen, "Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!" yang membayangkan prospek yang kelam bagi negara sekiranya BN terus memerintah melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Pembentangan kertas kerja oleh wakil-wakil parti dalam sesi pertama sejurus selepas perasmian turut bertema "negara dalam krisis" secara langsung menawarkan Pakatan sebagai penyelesaian kepada krisis tersebut.
Pada masa sama, konvensyen turut mengedarkan buku kecil memperincikan dasar-dasar dipersetujui bersama oleh Pakatan, menyerupai manifesto pilihan raya bersama gabungan itu.
Perkara-perkara dikemukakan, berbentuk penerangan dan misi-misi yang ingin dicapai, mudah dibaca sebagai persembahan manifesto oleh Pakatan.
Masa dan suasana konvensyen, ketika Pakatan berdepan serangan berterusan media pemerintah dan pilihan raya umum dijangka tiba dalam masa beberapa bulan, memaksa Pakatan untuk benar-benar menunjukkan wajah bersatu dan bersedia menggantikan BN sebagai kerajaan pusat.
Beberapa hari sebelum konvensyen, Pakatan menerima serangan terbaharu ekoran penggantungan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dan protes yang diadakan di Parlimen.
Sebelum itu, muncul kumpulan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), menjadi sebahagian kuasa ketiga dalam politik negara.
Kemunculan kumpulan ini, dan kuasa ketiga yang rancak dibicarakan kebelakangan ini mewujudkan satu cabaran baharu kepada Pakatan, melibatkan persaingan dalam politik pilihan raya dan dalam medan ide-ide perubahan.
Respons Pakatan yang dapat diperhatikan dalam konvensyen ini tidak menunjukkan gabungan ini kehilangan fokus, walaupun retorik pada peringkat awal dan ceramah malam sebelumnya tertumpu pada serangan terhadap Umno.
Sesi-sesi perbincangan selepas perasmian memperlihatkan perincian yang lebih jelas, seperti usaha meningkatkan pendapatan isi rumah, menangani masalah peneroka Felda dan pelbagai isu lain melibatkan semua bidang.
Seperti yang disebut Presiden PAS dalam ucapan perasmiannya, Pakatan bergerak berdasarkan agenda-agenda yang dipersetujui bersama, untuk memulihkan negara yang berdepan krisis.
Berdasarkan pendekatan realistik dan harapan upaya menangani kempen negatif BN dengan lebih tersusun, Pakatan Rakyat boleh terus melihat masa depan yang cerah.
Sumber : Harakahdaily
Ahad, 19 Disember 2010
GILA APA INI?
Tiba-tiba ia dihampiri oleh seorang lelaki tua yang kusut masai...Lelaki tua itu menegurnya :
Lelaki tua : Anak!! Kasihanilah pakcik, pakcik orang bisu.
Pemuda : La? Orang bisu tak kan boleh cakap ?
Lelaki tua : Eh, salah! Orang tuli!
Pemuda : Tak kan boleh mendengar?
Lelaki tua: Eh, bukan! Orang buta
Pemuda : (Sambil mengeluarkan wang dari dompetnya) Tidak ada duit!!
Lelaki tua : Itu ada tiga ratus !
Pemuda : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Lelaki tua: Hahaha, Salah lagi, bukan buta, tapi orang gila..hahaha gila naik harga barang..hahaha,
(sambil berlalu pergi dengan hilai ketawa dan ada bau hancing yang ia tinggalkan buat pemuda itu...)
*Gambar hiasan : tiada kaitan dengan kisah di atas.