Pengikut

Rabu, 25 Ogos 2010

BILA LUPA...

Bila bermusafir kesesuatu tempat yang jauh, memang tidak dinafikan akan ada barang-barang atau benda yang sering tertinggal.
Kita dah berusaha sedaya mungkin bagi mengelak barang-barang dari tertinggal, samada sebelum bermusafir atau bila kembali dari musafir.
Hakikat yang kena terima, manusia tidak boleh lari dari lupa dan alpa.
Itulah sebabnya Disaran dan disuruh supaya kita saling memperingati dan saling tegur menegur antara sesama kita.
Hari ini, Umat Islam makin lupa pada Agama sendiri. Hingga sampai menolak arahan agama demi kepentingan diri dan dunia semata-mata.
Alangkah hina dan kejinya manusia yang lupa kemudian diberi peringatan dan teguran tapi masih enggan kembali kejalan yang lurus dan diredhai Allah Taala...
Memang ramai yang lupa pada kepastian Hari kebangkitan. Hari yang tiada manafaat segala harta, isteri, anak pinak, dan segala isi dunia melainkan manusia bertakwa yang datang dengan hati yang suci.

Isnin, 23 Ogos 2010

AWAT TAK BAWAK LARI TERUS JE?!!!

Ada kaitan dengan kisah kat SINI

Manakala kisah kat bawah ini pula adalah dari pengalaman pembaca blog ini.
Mai pakat-pakat baca dan mengambil iktibar dari kisah ini...
"saya pernah menjadi mangsa peragut dipasaraya belibelah dikl,tatkala diragut saya ada membawa sedikit wang untok dihantar kepada anak yatim piatu yang amat memerlukan.tatkala kena ranggut ucapan dari hatiku ialah wala ya ud duhu hifzuma wa huwal aliyulazim.saya amat terkejut serta ketakutan pabila peragut berpatah balik dengan pisau masih ditangan memulangkan beg yang telah diragutnya sebentar tadi.peragut berkata,kak saya bersalah tapi saya amat terasa lapar,saya minta maaf.lantas saya memberikan wang untok sekadar keperluanya.masahaallah hebatnya kalimah allah swt."

Ahad, 22 Ogos 2010

TENGOK PUN DAH SAKIT!!!


Takde beban cari beban, memang cari nahas..