Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Jan: “PAS mendoakan kemenangan rakyat di Tunisia dan akan mendapat perlindungan Allah SWT,” kata Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad. Katanya, PAS mengikuti dengan teliti perkembangan di Tunisia dan melahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Tunisia yang telah menggulingkan rejim Ben Ali yang merupakan rakan akrab Amerika Syarikat dalam menentang 'terroris Islam'. “Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim Ben Ali dengan membunuh serta memenjara ribuan para ulama serta para cendekiawan adalah kemuncak kezaliman rejim yang mendapat sokongan kuasa Barat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily. Tegasnya, rakyat Tunisia dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Ben Ali. “PAS yakin dengan kebangkitan rakyat ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana rejim yang zalim dengan menafikan hak serta kebebasan termasuk di Malaysia dan kepada setiap suara rakyat,” ujarnya. |
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 15 Januari 2011
YANG BUAT ZALIM, PASTI HANCUR!!!
MUKHRIZ BIMBANG KENA CANTAS? TUN KENA TOLONG?
Tentu ada yang tak puas hati dengan perlantikan Datuk Mukhriz sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah. Sebab tu Tun Mahathir bagi ingatan hari rabu lepas.
Apa yang boleh dipahami dari kenyataan itu, Ahli Umno dan pimpinan Umno kena kena terima perlantikan tersebut. Jangan la cantas dia pulak.
Umno Perlu Serius Tentang Pemilihan Pemimpin Dalam Parti, Kata Mukhriz
JERLUN, 14 Jan (Bernama) -- Umno perlu serius dalam memilih pemimpin parti kerana sebarang perkara yang dianggap tidak telus, tidak demokratik atau "cantas mencantas" akan memberi kesan kepada parti dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata rasa tidak puas hati akan memberi kesan seperti ahli tidak keluar mengundi, tidak bekerjasama dan yang paling teruk melakukan tindakan yang menjejaskan peluang untuk menang dalam pilihan raya.
"Kita (Umno) kena serius tentang pemilihan parti bagi mengelakkan perpecahan. Sebab itu tindakan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah satu tindakan yang baik jika berlaku pilihan raya umum dalam tempoh tersebut.
"Tentang jawatan dalam parti, kita kena sedar kita (parti) tak berkuasa di Kedah, jadi tak perlulah berebut-rebut sangat jawatan dalam parti ini. Kalau tak bersatu, tak pilih calon yang sesuai, jangan mimpi nak menang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat Daerah Mengundi Kubang Sepat di sini Jumaat.
Rabu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan BN mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya 'cantas' dihapuskan di kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.
Dr Mahathir berkata selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri ini.
Sementara itu, Mukhriz berkata anggota Umno di Kedah juga perlu akur dengan calon yang dipilih bagi mewakili parti dalam pilihan raya umum akan datang kerana calon yang dipilih adalah mereka yang difikirkan boleh diterima rakyat.
"Kerana itu saya berharap bahagian-bahagian di Kedah supaya mengenepikan masalah yang remeh-temeh kalau nak menang balik Kedah dan tambah kerusi Parlimen.
"Bayangkan betapa mengecewakan kerana satu kes remeh-temeh, kita kalah bukan hanya peringkat negeri tetapi keseluruhannya," katanya.
Beliau berkata ketika ini sudah ada perubahan dalam Umno negeri tetapi masih banyak ruang untuk usaha-usaha meyakinkan rakyat supaya kembali menyokong Umno.
-- BERNAMA
Jumaat, 14 Januari 2011
BERSOLEK PUNYA LA CUNNNN..BOLEH KE?
Ramai yang tak tahu dari tahu.
Ramai yang keliru, silap mentafsir dan salah anggap.
Membiarkan isteri dan anak perempuan mempamerkan perhiasan yang dilarang dan ditegah oleh syariat tanpa sedar dan tanpa kepahaman yang jelas.
Kita berkongsi bersama apa yang dihuraikan oleh Dr. Abdul Hayei berkenaan dengan batas-batas hukum persolekan wanita...
Sumber : SINI
Batas-Batas Hukum Dalam Persolekan Wanita
Khamis, 13 Januari 2011
MATA, MUKA DAN KEPALA CEDERA DIDERA IBU?
Dengan perbelanjaan sara hidup yang meningkat turut menjadi penyumbang peningkatan kes.
Iya la, yang sering berlaku,mak ayah bila balik kerja, dengan letih dipejabat dan turut berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, sampai rumah, anak buat hal, mulalah anak jadi mangsa.
Anak-anak terkadang tu saja je merengek-rengek nak dapatkan perhatian dari ibu bapa. Maka bila tak mampu lagi bersabar, maka anak dapat habuan...
Anak-anak adalah anugerah dari Allah, dan ianya adalah ujian bagi kita. Samada kita mampu menghadapinya dengan sabar atau sebaliknya...
Kanak-kanak Lelaki Cedera Di Muka Dipercayai Didera Ibu Sendiri
KAJANG, 13 Jan (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun 10 bulan, mengalami kecederaan di seluruh muka, kepala dan mata, dipercayai menjadi mangsa dera di rumahnya di Bandar Sg Long, Kajang, dekat sini, Rabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob Khamis berkata laporan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati mangsa mempunyai kesan lebam di seluruh muka dan kepala serta dipercayai mengalami kecederaan patah tulang di dalam mata sebelah kanan.
Bagaimanapun, mangsa kini sudah sedar dan berada dalam keadaan stabil setelah diberi rawatan susulan di hospital berkenaan, katanya.
"Polis menerima laporan dari hospital tersebut pada Rabu, pukul 12.30 pagi mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang cedera parah disyaki menjadi mangsa dera.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu dipercayai didera oleh ibunya sendiri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Beliau berkata ini kerana polis turut dimaklumkan oleh bapa mangsa bahawa isterinya, seorang warga China berumur 32 tahun, disyaki terlibat mendera anaknya.
Azman berkata ekoran dakwaan bapa mangsa itu, polis kemudiannya menahan ibu kanak-kanak tersebut di kediamannya kira-kira pukul 8 malam semalam.
Beliau berkata wanita itu kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sementara polis menjalankan siasatan berhubung motif penderaan kanak-kanak tersebut.
Wanita itu ditahan reman sehingga 16 Jan ini, katanya.
-- BERNAMA
POLITIK CANTAS SUBUR : MACAM MANA NAK MENANG?
Keikhlasan dalam berjuang amatlah penting.
Rela berkorban kerana Allah.
Budaya 'Cantas' Penghalang BN Tawan Semula Kedah, Kata Dr Mahathir
JITRA, 12 Jan (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya 'cantas' dihapuskan pada kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.
Beliau berkata selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri tersebut.
"Yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas, bila yang tak naik ni naik, orang lain pula cantas dia, jadi tabiat ni patut dihapuskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan jubli perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu, di sini pada Rabu.
Bekas Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang BN merampas semula Kedah selepas rombakan badan perhubungan Umno negeri yang mana Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai pengerusi dan anaknya Datuk Mukhriz menjadi timbalan pengerusi.
Mengulas pelantikan Mukriz, Dr Mahathir berkata beliau tidak campur tangan dalam karier politik anaknya itu.
"Waktu jadi perdana menteri dulu pun saya larang anak saya terlibat politik takut orang kata dia anak perdana menteri, dan sekarang ni bapa dia dah tak jadi perdana menteri pun, tapi masih tidak pernah campur tangan," katanya.
Sementara itu mengenai GiatMara, Dr Mahathir berkata organisasi itu harus mengembangkan sayapnya ke peringkat antarabangsa untuk mendapatkan kemahiran baru bagi pelatihnya.
Setakat ini katanya, beliau berpuas hati dengan prestasi organisasi itu yang telah banyak membantu golongan muda.
GiatMara ditubuhkan pada November 1986 dan sehingga kini terdapat 209 pusat di seluruh negara yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada belia.
-- BERNAMA
Rabu, 12 Januari 2011
UMNO SELANGOR : JANGAN LA TUDUH UMNO!!!
SHAH ALAM, 11 Jan (Bernama) -- Umno Selangor hari ini mengingatkan Anggota Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Abdul Samad agar tidak membuat tuduhan melulu kononnya Umno yang menjadi dalang kepada pemasangan sepanduk yang menyentuh institusi diraja Selangor yang dikesan dipasang di bandar raya ini pagi ini.
Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak lagi tugas untuk mendampingi dan membantu rakyat daripada melakukan kerja tidak beretika sedemikian.
"Lazimnya jika ada perkara yang buruk, pakatan pembangkang akan mendakwa ia dilakukan oleh Umno seolah-olah mereka itu malaikat dan sentiasa betul.
"Kalau Umno bagi bantuan ke, duit ke, PAS kata itu rasuah tapi kalau mereka bagi, duit itu dikira zakat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan Khalid pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini bahawa Umno yang bertanggungjawab bagi pemasangan sepanduk yang menyentuh institusi diraja Selangor yang dikesan dipasang di sekitar bandar raya ini pagi tadi.
Pada sepanduk yang tertera perkataan "Di manakah Keadilan Sultan Dalam Isu Pemilihan SUK?, Siapa lebih Berhak" dan "Raja Adil Raja Disembah dan Raja Zalim Raja Disanggah" itu turut tertera lambang DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta perkataan "Biro Penerangan Parti Keadilan Negeri Selangor.
Menafikan sepanduk itu dipasang oleh parti pakatan pembangkang berkenaan, Khalid berkata: "Ini tindakan terdesak orang Umno".
Beliau juga mendakwa tujuan Umno memasang sepanduk itu ialah untuk melaga-lagakan kerajaan pakatan pembangkang dengan institusi diraja Selangor.
Abdul Shukor berkata sepatutnya kerajaan pakatan pembangkang yang mengambil alih Selangor daripada BN menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri dan bukannya sibuk berpolitik dan membuat ceramah ke hulu ke hilir.
Sementara itu, mengenai cabaran Khalid supaya kesemua 20 Anggota Dewan Undangan Negeri dari BN menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri yang dijadual 24 Jan ini bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan semula kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, beliau berkata: "Kalau undang-undang yang ada sudah baik buat apa nak diubah".
Abdul Shukor berkata pindaan itu sebenarnya lebih kepada untuk mengembalikan kuasa kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah masih lagi mempunyai kuasa kerana kalau tidak masakan Jabatan Perkhidmatan Awam meminta perkenan baginda dalam pelantikan SUK yang baru, katanya.
Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan di Balai Polis di sini mengenai sepanduk itu.
Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata laporan polis itu dibuat kerana mendakwa bahawa AMK tidak terbabit dan tidak bertanggungjawab ataupun mencetak kain rentang berkenaan.
BERNAMA
Selasa, 11 Januari 2011
KOCAKAN DALAM CAWAN KE NI?
Sekiranya jawatan menjadi rebutan kerana nak dapatkan kemewahan, kemegahan dan cantas mencantas, memang tak patut dan memang menempah kehancuran.
Kat bawah ni ada kisah tentang ketidakpuasan hati :
Sumber : SINI
AMK Perlis bantah Johari Shafie kekal pengerusi PKR
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis kesal dengan keputusan PKR pusat mengekalkan Johari Shafie sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
Ketuanya, Zamri Sapar berkata pihaknya difahamkan Johari telah dilantik berdasarkan pilihan majoriti ahli PKR Perlis.
"Ini amatlah dikesali kerana PKR Perlis secara majoriti menolak pelantikan beliau berdasarkan prestasi beliau selama dua tahun menerajui PKR Perlis," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikutan itu, katanya, AMK Perlis dengan sokongan AMK Cabang Kangar, Arau dan Padang Besar merasa agak terkilan dengan keputusan melanjutkan jawatan Johari.
Zamri mendakwa, ia ekoran prestasi Johari yang didakwanya amat mendukacitakan selama diberi tanggungjawab untuk mengukuhkan PKR Perlis selama dua tahun.
"Bagaimana beliau boleh dipilih lagi jika organisasi di peringkat negeri pun tidak berfungsi. Imej dan maruah PKR Perlis amat merosot di bawah kepimpinan beliau," tambahnya.
Berikutan itu, katanya, AMK Perlis mendesak kepimpinan pusat menukarkan segera Johari bagi memulihkan imej dan maruah PKR negeri.
"Dan seterusnya dapat membuat persediaan bagi menghadapi PRU 13 yang semakin dekat dan dapat mengerahkan tenaga dan jentera dari peringkat cabang dan negeri bagi membantu di PRK Tenang hujung bulan ini.
"Kami AMK Perlis inginkan pimpinan baru yang lebih bertenaga dan efektif bagi peringkat negeri bagi memulihkan keyakinan ahli parti, pengundi dan seterusnya dapat mengukuhkan kembali PKR Perlis.
"Kami ingin turut sama memaklumkan bahawa dua pertiga majoriti cabang di Perlis, iaitu Cabang Kangar dan Arau, bersama dengan
kami, membantah pelantikan semula Saudara Johari," tegas Zamri.
"CUKUP BERAT DAN MENCABAR"
Moga tahan uji dan tinggi nilai budi..
Mahu perkuat PKR, PR Perak
IPOH – “Tanggung jawab yang akan saya pikul cukup berat dan mencabar.” Itulah kata-kata pertama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PMPN) Perak yang baru dilantik, Dr Muhammad Nur Manuty ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, pelantikannya sebagai PMPN yang baru menggantikan Mustaffa Kamil Ayub sebagai amanah yang berat dalam menguatkan PKR Perak.
Menurut Muhammad Nur, kepercayaan yang diletakkan oleh pimpinan pusat untuk beliau menerajui Negeri Perak sangat dihargai.
“Saya berterima kasih kepada pimpinan pusat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Perak dan saya akan pikul amanah ini sebaik mungkin.
“Insya-Allah, saya akan bekerja keras untuk memastikan PKR Perak terus mantap dan teguh,” katanya.
Beliau berkata, soal jawatan tidak penting tetapi yang paling penting adalah untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat (PR) Negeri.
Menurutnya PKR, DAP dan Pas akan terus bekerja keras sebagai satu pasukan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi.
Katanya, PKR bersama komponen PR yang lain akan memastikan lebih banyak kerusi akan dimenangi pada masa akan datang di samping mempertahankan kerusi yang sedia ada.
Ditanya mengenai perancangan awal selepas dilantik menjadi PMPN, beliau berkata, dalam masa terdekat akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Cabang.
Menurutnya, mesyuarat juga akan diadakan dengan pemimpin Negeri yang lain bagi mendapatkan pandangan mereka untuk memperkukuhkan lagi parti di peringkat akar umbi.
Mengenai beberapa isu yang berkaitan dengan PKR Negeri yang timbul sejak akhir-akhir ini, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.
sumber : Sinarharian
Isnin, 10 Januari 2011
ADAKAH LELAKI BERBAJU MERAH BERKOPIAH PUTIH DAN BIRU DIBAHAGIAN TENGAH BELASAH ADUKA?
Adakah lelaki berbaju merah berkopiah putih dan biru dibahagian tengah?
atau lelaki berbaju biru bersongkok tinggi?
Terpulang kepada anda untuk memikirkannya..
Dan terpulang pada anda juga untuk menilai siapa samseng dan siapa yang berkata benar...
baca cerita lanjut di sini
*-sumber gambar dicopy dari sini
HARGA BAWANG RM15 SEKILO TIDAK MEMBENANKAN...
Ini antara ungkapan yang selalu rakyat dengar dari pemimpin bila ada kenaikan harga minyak atau barang-barang keperluan.
Itu cakap pemimpin.
Ada ke ahli bawahan Umno yang cakap macam itu?
Kalau tanya penyokong PR, mesti mereka secara tegas menentang sebarang kenaikan. Kerana kenaikan harga memang membebankan.
Jangan ukur pada pendapatan pak menteri atau para pegawai yang bergaji besar!!!
Ukur la pada pendapatan sebenar seorang petani, nelayan, pengawal keselamatan dan orang kampung yang membanting tulang mengusahakan sawah padi?
Bukan setakat bawang yang nak dibeli, tapi kos pelajaran dan perbelanjaan anak-anak, kos sara hidup dan macam-macam ada...
Harga bawang naik mendadak
IPOH – Pengguna dan peniaga semakin bimbang dengan kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian terutama bawang di pasar dan kedai runcit sekitar bandar raya ini.
Kenaikan harga yang tidak munasabah itu menyebabkan ramai pengguna di bandar raya ini merungut dan mempersoalkan kewajaran itu kerana membebankan mereka.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kenaikan harga bawang itu berlaku hampir di semua pasar dan kedai runcit di bandar raya Ipoh.
Peniaga, Nor Asuandy Othman, 30, berkata, bawang kecil yang dulunya dijual pada harga RM2.50 dan RM3 sekilogram kini melambung naik sehingga RM8 sekilogram.
Katanya, sebagai peniaga dia terpaksa memberhentikan pengambilan stok bawang merah kerana harga ditawarkan pemborong terlalu tinggi.
“Saya tidak membeli bawang kecil kerana mahu elak daripada risiko kerosakan bahan mentah itu,” katanya ketika ditemui di pasar Ipoh di sini, semalam.
Bagaimanapun, Nor Asuandy berkata, harga bawang besar sudah menunjukkan penurunan berbanding tiga minggu lalu.
“Tiga minggu lalu harga lima kilogram bawang besar ialah RM20, tetapi hari ini harganya turun kepada RM15,” katanya.
Dia berkata, sayur-sayuran yang lain tidak mengalami kenaikan harga sepertimana berlaku ke atas bawang.
“Selama ini, bawang di import dari negara luar dan apa salahnya jika kita mencari alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera.
“Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya pihak berkenaan untuk menjalankan penyelidikan bagi menanam bawang di negara ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Ramlah Tuon, 52, mengambil inisiatif menjual bawang dengan membungkus dalam peket kecil untuk mengelakkan pengguna daripada terkejut kenaikan harga bahan mentah itu.
“Memandangkan harga bawang kecil dan bawang besar naik mendadak, saya menjualnya secara peket kecil supaya pengguna mampu membeli bahan masakan utama itu,” katanya.
Beliau menjual bawang kecil dan bawang besar dengan harga RM2 hingga RM4 dalam peket kecil bagi menarik perhatian pengguna.
Ramlah berkata, dia masih mampu mendapat stok bekalan bawang walaupun ada dalam kalangan peniaga tidak bernasib baik sepertinya.
“Cuma saya bimbang jika harga sayur dan bahan mentah lain akan melambung sehingga melebihi dua kali ganda berbanding harga asal menjelang sambutan Tahun Baru Cina Februari ini,” katanya.
sumber : sinarharian
YB KULIM TERKENAL DENGAN ISU MURTAD. DULU-DULU..
Hingga mampu menitiskan air mata kerana memikirkan apalah nasib bakal menimpa ummat melayu tanpa Islam.
Betapa hebat dan lantangnya YB Kulim ketika itu...
Masa itu beliau memberi ingatan dan amaran secara terang-terangan...
Barangkali ketika dan waktu ini ia memberi ingatan dan amaran secara sirr.
Penuh hikmah dan tanpa desakan melampau-lampau?
Projek terbaru YB Zul
ALOR SETAR - Dakwaan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin bahawa terdapat perancangan sulit menukar kepimpinan Pas menerusi usaha dikenali ‘Ops Gerhana’ pada pemilihan Jun ini dianggap propaganda terbaru untuk memecah-belah parti itu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi DUN Tenang, Johor tidak lama lagi.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, dakwaan pemimpin Pas daripada kalangan profesional merancang hendak mengambil alih kepimpinan parti itu daripada golongan ulama tidak benar kerana kedua-dua kumpulan selama ini sudah memainkan peranan tersendiri dengan cukup berkesan.
Menurutnya, kedua-dua golongan itu juga tidak bermasalah untuk berganding bahu sekiranya diperlukan dan menjalin hubungan baik sejak dahulu lagi.
“Dalam Pas, tidak berlaku kronisme dan berpuak-puak, cuma terdapat pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab melabelkan kami dengan pelbagai panggilan termasuk Pas Erdogan.
“Saya sendiri berasal daripadagolongan profesional dan sudah lebih 20 tahun bersama Pas. Bagaimanapun sehingga kini tiada masalah bekerjasama dengan golongan ulama dan saya yakin, ini cuma propaganda Zulkifli untuk menjatuhkan imej parti,”katanya.
Ir Phahrolrazi juga tidak menolak kemungkinan Zulkifli diupah oleh Barisan Nasional (BN) untuk mencetuskan propaganda menjelang PRK di mana-mana kawasan berikutan tindakan beliau yang konsisten membuat ‘pendedahan’ setiap kali berlaku PRK.
Menurutnya, Zulkifli juga tidak layak bercakap mengenai Pas kerana beliau bukan orang lama parti, malah dianggap orang ‘buangan’ sebelum bertindak keluar parti.
“Siapa beliau untuk membuat kenyataan mengenai Pas kerana beliau bukan pemimpin lama dalam parti, sebaliknya hanya orang baru yang bertindak keluar parti setelah kecewa agenda peribadinya tidak dipenuhi.
“Saya minta semua ahli Pas tidak terpengaruh dengan propaganda murahan seperti ini dan yakin dengan kepimpinan Pas sedia ada yang menggabungkan tenaga golongan ulama dan profesional,” katanya.
Sumber : sinarharian
Ahad, 9 Januari 2011
MENANTI JANJI SEORANG PM...
Memang dia dah bagitau tidak dapat bekerjasama dengan MB.
Apa kata PM?
PM Janji Selesai Kemelut Umno Perlis, Kata Shahidan
GUA MUSANG, 9 Jan (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menyelesaikan kemelut yang melanda kepimpinan UMNO Perlis yang diterajui Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata perkara itu diberitahu sendiri Perdana Menteri semasa beliau menemuinya beberapa hari lepas bagi menyatakan pendiriannya berhubung kemelut yang berlaku itu.
Katanya, bagi beliau tetap berkeras tidak boleh bekerjasama dengan Md Isa walaupun beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkenaan sejak akhir Disember lepas.
"Soal perlantikan saya sebagai timbalan, Md Isa tidak timbul, tetapi yang saya pertikaikan masalah dalaman UMNO negeri berkenaan berlarutan sejak selepas pilihan raya umum 2008 lagi sampai sekarang tidak boleh diselesaikan," katanya.
Beliau, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada 50 keluarga mangsa kebakaran dua hari lalu, di Pusat Sivik Gua Musang.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kedudukannya selepas mengeluarkan kenyataan baru-baru ini yang mempertikaikan Md Isa dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.
Shahidan berkata beliau menemui Perdana Menteri bersama Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dan mereka menyuarakan persetujuan untuk meneliti balik perkara berkenaan bagi menegakkan kebenaran.
Katanya, beliau sedia bekerjasama jika kemelut itu dapat diselesaikan berdasarkan persetujuan perdana menteri nanti.
-- BERNAMA
SEGERA : KELUARKAN SEGALA WANG ANDA DARI BANK ITU!!!
Baca soal jawab kat bawah ini :
SOALAN:
SAYA SEORANG PEKERJA MAKAN GAJI DAN WANG GAJI DIMASUKKAN KE DALAM BANK. ADAKAH ITU JUGA TERLIBAT DENGAN RIBA?
JAWAPAN :
YA, JIKA ANDA MASUKKAN WANG GAJI DI DALAM AKAUN DI BANK KONVENSIONAL DAN BUKAN KE DALAM AKAUN ISLAM. UNTUK PENGETAHUAN, UNTUK MENGENALPASTI BEZANYA, AKAUN ISLAM MESTI MEMPUNYAI NAMA SAMADA "WADIAH" ATAU "MUDARABAH".
ADAPUN MENYIMPAN DI AKAUN BIASA (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM KERANA MEMBANTU INDUSTRI RIBA UNTUK MENGGUNAKAN WANG SIMPANAN KITA BAGI TUJUAN YANG HARAM. SELAIN ITU, IA JUGA HARAM KERANA PIHAK BANK AKAN MEMBERIKAN interest ATAS WANG SIMPANAN KITA.
JESTERU, DIINGATKAN BAHAWA JIKA ANDA TIDAK MENGAMBIL interest ITU SEKALIPUN, IA TETAP HARAM, KERANA SIMPANAN ANDA DI AKAUN ITU TELAH MEMBANTU BANK KONVENSIONAL ITU MENGGUNAKAN WANG ANDA UNTUK AKTIVITI HARAM MEREKA IAITU MEMBERI PINJAMAN DENGAN MENGENAKAN RIBA KE ATAS ORANG RAMAI.
*SOAL JAWAB MUAMALAT INI ADA TERDAPAT DALAM "MAJALAH SOLUSI"ISU PERDANA M/S 41 YANG DIJAWAB OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN.