Pengikut

Sabtu, 25 September 2010

AWAT DEPA FOBIA SANGAT?


Kalau dah macam ni, memang jelas lagi terlihat.
Betapa hati tidak tenteram dan tiada ketenangan.
Takut kalah atau takut hilang peluang?
Sapa nak pertahan sapa?

Khamis, 23 September 2010

SAPA SILAP? KARPAL @ MAJLIS PEGUAM?

Semalam tengok dalam berita kat tv ada sidang akhbar oleh Majlis peguam.
Dalam sidang akhbar tu ada la beberapa perkara yang disebut.
Arini terbaca lak peguam ni pulak buat kenyataan.
yang mana betul atau yg mana silap tak tau la...masing2 peguam..

baca cerita ni kat sini

Peguam veteran Karpal Singh mencabar kenyataan Majlis Peguam bahawa badan itu tidak boleh bertindak ke atas kehidupan peribadi peguam yang di bawah naungannya.

Sambil mengingatkan bahawa kerjaya seseorang peguam sepatutnya memberi keyakinan tinggi kepada orang awam, Karpal yang juga pengerusi DAP berkata adalah menjadi tanggung-jawab Majlis Peguam menapis mereka yang berperangai buruk.

"Mana-mana peguam yang mendatangkan keburukan kepada profesion undang-undang, harus tidak disenaraikan. Majlis Peguam sepatutnya bertindak apabila ada bukti bahawa kehidupan peribadi seseorang peguam itu telah menjadikan kerjaya peguam itu sesuatu yang jijik dan buruk.

"Majlis Peguam tidak boleh dan tidak sepatutnya mengabaikan tindakan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Karpal berkata Seksyen 94(3) Akta Profesion Peguam memperuntukkan tindakan berhubung salah-laku terhadap kehidupan peribadi peguam.

Peguam yang mempunyai 41 tahun pengalaman itu juga membidas Majlis Peguam kerana gagal bertindak meskipun ada bukti terhadap salah-laku ahlinya.

"Adalah jelas ada seorang peguam di senarai itu, yang mana kehidupan peribadinya diragukan - Mahkamah Rayuan juga mendapati beliau adalah pelakon lelaki yang dipaparkan di sebuah pita lucah.

"Namun, Majlis Peguam hanya membisu dan terlupa untuk membersihkan pencemaran di senarai itu,” kata Karpal yang jelas merujuk kepada bekas timbalan speaker Dewan Rakyat Dewan Rakyat, DP Vijandran.

Vijandran, adalah bekas setiausaha agung MIC dan seorang peguam yang terus berkhidmat sehingga hari ini.

Menurut Karpal, peguam yang didapati bersalah dan telah dipenjarakan hanya boleh diterima oleh Majlis Peguam dalam keadaan luar biasa bagi “mengekalkan imej murni badan itu yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.”

Katanya lagi, majlis itu tidak sepatutnya mengecualikan kehidupan peribadi peguam daripada tindakan meskipun mempunyai bukti terhadap salah-laku mereka.

JANGAN SOMBONG ZAID !!! KATA AZMIN ALI

Makin panas nampaknya isu pemilihan jawatan dalam PKR
macam-macam hal.
Makin hari makin terserlah kehangatan kempen mencari tempat dan pangkat atau berlumba-lumba nak pikul amanah.
tak berkenan ke sistem Syura?
Masalah akan timbul bilamana amanah kepimpinan itu diberi kepada yang bukan ahli.
Memang akan hancur dan saat kemusnahan akan tiba...
Beringat sebelum punah!!

hari ni Azmin Ali pulak balas : baca kat sini

Naib Presiden PKR Azmin Ali mengesa Datuk Zaid Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali sebagai "nyanyuk" dan "lupa" berhubung kedudukannya sebagai penyelaras Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau sedih dengan kenyataan terbaru Zaid itu kerana sebagai orang lama, Syed Husin telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang ujian yang jauh lebih getir berbanding generasi baru dalam PKR hari ini.

"Saya sedih kalau Datuk Zaid Ibrahim meneruskan serangan-serangan peribadi seperti ini," katanya yang juga ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Portal berita Free Malaysia Today versi bahasa Malaysia hari ini melaporkan Zaid berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

Syed Husin sebelum ini dilaporkan mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan kerana bekas menteri itu didakwa tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar Pakatan.

Zaid dilaporkan berkata, selepas ditugaskan memberi idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), beliau tidak faham kenapa kenapa Syed Husin mempertikaikan kerjanya.

"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Dalam laporan itu, Zaid juga berkata, oleh kerana permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranannya belum menjadi jawatan rasmi dan mungkin selepas diluluskan, "mungkin ia akan diberikan kepada orang lain".

Syed Husin: Dia macam cili, dia rasa pedas

Dalam wawancara dengan Malaysiakini awal petang ini hari ini, Azmin juga berkata, Syed Husin telah terlibat dan istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan lebih sedekad lalu, termasuk merengkok dalam penjara lebih lapan tahun.

"Janganlah orang baru seperti Zaid ini menyinggung perasaan seorang pemimpin lama yang telah diuji dalam perjuangan ini," kata Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Azmin lagi, berbeza dengan Syed Husin, "dia (Zaid) tak faham apa makna perjuangan".

"Sebab itu saya nasihatkan supaya beliau melihat kembali kepada Pengisytiharan Permatan Pauh. Baca, hayati, jangan sombong dan angkuh. Jangan ingat kita tahu semua. Hentikan sikap ego," katanya.

Pengisytiharan Permatang Pauh pada 12 September 1998, sebelum Anwar ditahan kali pertama, dianggap sebagai asas kepada ideologi dan dasar-dasar penting bagi pembentukan PKR.

Dengan nada tenang, Azmin bagaimanapun mengajak semua pihak supaya bermuafakat dan berbincang penuh semangat kekeluargaan berhubung perkara itu.

"Kalau benar beliau mengeluarkan kenyataan itu, saya minta supaya beliau tarik balik dan tidak meneruskan tindakan seperti ini yang amat memalukan anggota dan pemimpin dalam PKR yang telah lama bersama Syed Husin Ali," katanya.

Sementara itu, mengulas wawancaranya yang mengundang pelbagai reaksi itu, Syed Husin hanya mengucapkan terima kasih atas pujian dan kejian terhadapnya.

"Terima kasih banyak. Untuk yang istimewa: Dia makan cili, dia rasalah pedasnya!" katanya tidak menyebut secara langsung individu itu.

AKAN DISENARAIHITAMKAN!


Memang ramai yang terkejut bercampur aneh...
Pasal nak derma berbilion ringgit.
baca kat SINI
KOTA BHARU, 22 Sept: Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

“Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” ujarnya.

Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan.

Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti.

Dua malam lalu, syarikat I’DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan disebuah hotel.

Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru.

Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu.

“Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun,” ujarnya.

Rabu, 22 September 2010

GAMBAR ANJING DAN MANGSANYA



Dah dapat mangsanya?
Pasti lidahnya tetap menjelir jua.

Selasa, 21 September 2010

BILA PERDANA MENTERI BERHADAPAN DENGAN KRISIS!

PM buat keputusan nekad.
Kerana pertelingkahan yang dah lama tercetus,
kerana perbalahan yang berpanjangan.
PM tak sebulu dengan Presiden.
Akhirnya PM pun ambil keputusan letak jawatan, supaya krisis politik tidak semakin teruk dan berlarutan.
Ini bukan kat Malaysia ye..

Ceritanya kat SINI
MOGADISHU: Perdana Menteri Somalia, Omar Abdirashid Sharmarke, mengumumkan peletakan jawatan hari ini susulan perbalahan dengan presiden negara itu, Sharif Sheikh Ahmed.

Pertelingkahan yang sudah lama tercetus antara kedua-dua pemimpinnya menyebabkan Omar mengundur diri sebelum krisis politik Somalia berlarutan. Bagaimanapun, ia menyebabkan kerajaan negara berkenaan dalam keadaan terawang-awang ketika mereka sedang bergelut dengan masalah pemberontakan. “Saya letak jawatan sebagai perdana menteri dalam kerajaan peralihan persekutuan Somalia selepas tidak dapat bekerjasama dengan presiden. Apa yang dilakukan adalah atas kepentingan negara pada waktu kritikal,” katanya merujuk aktiviti keganasan yang berlaku setiap hari membabitkan pemberontak yang mendapat sokongan Al-Qaeda dan tentera kerajaan didokong angkatan tentera Afrika. - AFP

NAK MENYAMAR KE?


Hampir tak perasan...
Hebat jugak caranya...

KEMANA HARUS BAWA DIRI?


*kisah gambar :
"Nak hala arah mana pun tak ada yang berkenan,
Kat sini dah mula tak suka,
Nun di sana dah meluat sangat,

Buat waktu ini, biarlah ranting ini tempat bergantung sementara.
Demi sebuah kehidupan..."

Isnin, 20 September 2010

HANGAT : SAPA LAMBAT SAPA LEMBAB?


Hahaha, patutlah makin lambat dan lembab...
Sapa yang lambat? Sapa yang lembab?
Yang kat atas ke atau yang kat bawah? kah, kah, kah..
Jangan la buat-buat tak tau pulak!!!
Memang dah sah, dari dulu, kini dan selamanya...