Pengikut

Sabtu, 16 April 2011

SARAWAK : PR TEWAS DENGAN PENAMBAHAN KERUSI...

BN terus kekalkan kuasa dengan majoriti 2/3.
PR hanya dapat menambah 8 kerusi sahaja pada pilihanraya kali ini.
Tahniah buat BN dan tahniah juga buat PR kerana dapat tambah kerusi.
Undi Melayu masih tetap setia dengan BN.
PR kena cari jalan dan kaedah terbaik untuk mendapatkan undi melayu pada pilihanraya akan datang.
Tindakan segera perlu dilakukan demi meningkatkan sokongan.

PAS yang akan diberi peluang bertanding di kawasan majoriti melayu akan berhadapan tugas sukar. Al- Maklumlah, "melayu mudah lupa" seperti kata bekas PM.

BARU JE MENANG : TAK KAN NAK BINCANG BAB UNDUR DAH KOT?...

Cepat betul ulasan Ketua Pemuda. Jangan la kalut sangat..
Baru je keputusan rasmi diumumkan...Menang pula dengan majoriti agak besar.
Banyak lagi perubahan yang belum sempat dilakukan...
Rakyat masih perlukan khidmat dan kudratnya.
Lagipun masih kuat dan belum bertongkat..
tunggu la lagi penggal seterusnya...

Peralihan kuasa: BN perlu tunai janji ganti Taib segera, kata Khairy

KUALA LUMPUR, 16 April – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan perikatan itu mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno melahirkan pendirian ini ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bumi Kenyalang itu.

BN dikatakan memperoleh sehingga 51 kerusi sementara Suruhanjaya Pilihan Raya hanya mengumumkan keputusan satu kerusi iaitu Bukit Saban secara rasmi setakat pukul 7 petang ini.

Pengundian ditutup 5 petang tadi. Sebanyak 71 kerusi dipertandingkan.

“Nampak gaya BN menang (di) Sarawak. Tapi pemimpin BN mesti pegang janji akan ada peralihan kuasa Sarawak dalam masa terdekat. Bukan alasan untuk melewat-lewatkan lagi,” kata beliau menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ini.

Pembangkang menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.

Sementara Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu mengumumkan bahawa peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri, Taib pada keesokan hari berkata ia akan diadakan dalam beberapa tahun lagi.

sumber : SINI

Jumaat, 15 April 2011

SARAWAK : NAK DAPAT TANAH @ HANYA TOPI, BAJU DAN AIR BOTOL FREE?!!!

































*gambar dicopy dari SINI
Kekayaan bukan untuk dibolot oleh para pemimpin atau pembesar.
Rakyat jenuh berkempen bagi menang pemimpin.
Bila menang pemimpin merembat hasil dan segala khazanah negeri .
Rakyat jua yang merana.

Rakyat marah? alaa...bagi je air botol free, topi dan kain pelikat..
Mereka akan tetap setia kepada kita kerna kita dah bagi macam-macam

Wahai rakyat semua..
Jom Ubah!!!
Carilah pemimpin yang bela dan bantu rakyat.
Pastikan rakyat terbela.
Dunia dan Akhirat..

Khamis, 14 April 2011

NIAT BAIK PUN DAH DAPAT FAEDAH...CUCUK PUN DAPAT FAEDAH

Isu permilihan muktamar pas tahun ini makin panas.....
Mat Sabu dah bersedia.
Mb Kedah pun dah bersedia.
Makin ramai lagi yang telah bersedia.
Maka makin meriah dan makin menarik. Apa pun, kesedian sesiapa saja yang nak memikul amanah dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab akan diberi ganjaran yang setimpal. Dunia dan Akhirat...
Tidak sama orang yang berjuang dimedan juang dengan orang yang hanya duduk...
Juga tidak sama orang yang memuji kerana Allah dengan orang yang memuji kerna ada agenda...
Ada 2 cerita :
Bandingkanlah...

SATU...

"Saya tidak ada niat bertanding jawatan Presiden Pas," Husam Musa

KOTA BAHARU - Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa berkata beliau tidak berniat untuk bertanding jawatan Presiden Pas
pada muktamar agung parti itu pada Jun depan walaupun menerima pencalonan daripada beberapa cawangan.

Husam juga meminta semua cawangan lain parti itu tidak mencalonkannya lagi untuk jawatan tersebut tetapi akan memikirkan dengan mendalam jika dicalonkan
bagi jawatan lain.

"Kepada semua anggota Pas saya tidak mempunyai cadangan atau niat untuk bertanding bagi jawatan Presiden dan ingin saya nyatakan akan berdiri teguh di
belakang kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan akan terus menyokongnya bagi jawatan itu.

"Kepada yang telah mencalonkan saya untuk jawatan itu saya mengucapkan terima kasih dan terpaksa menolaknya. Buat masa ini saya mahu bertanding bagi
peringkat anggota jawatankuasa sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Sebelum ini Pas Cawangan Bukit Bintang membuat kejutan mencalonkan Husam bagi jawatan itu.

Pada pemilihan pucuk pimpinan sebelum ini Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan tewas bagi jawatan Timbalan Presiden kepada Nasharuddin
Mat Isa.
Cedok kat SINI

DUA...

Pencalonan Husam bukti ahli mahu perubahan

KOTA BHARU –Tindakan Pas Bukit Bintang mencalonkan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding sebagai presiden parti itu jelas menunjukkan ahlinya mahu melihat perubahan dalam kepimpinan parti peringkat tertinggi.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, pencalonan itu menunjukkan pembaharuan dalam Pas dari kepimpinan ulama kepada lebih profesional.

“Saya bangga jika Presiden Pas orang Kelantan dan bukan Terengganu. Ini kerana Pas dilihat berpengaruh di negeri ini berbanding tempat lain. Pas Kelantan kuat tapi Presiden orang luar Kelantan.

“Sejarah juga membuktikan selama ini kerusi Presiden tidak pernah diduduki rakyat Kelantan. Contohnya Tan Sri Mohd Asri Muda, Yusuf Rawa, Datuk Fadzil Mohd Noor dan Datuk Sri Abdul Hadi Awang semuanya bukan orang Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejutan yang dibuat Pas Kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan Husam dalam mesyuarat agungnya untuk bertanding jawatan Presiden Pas dalam muktamar Pas, Jun ini.

Mesyuarat itu juga dikatakan memutuskan bekas Naib Presiden, Mohamad Sabu untuk bergandingan dengan Husam bagi jawatan Timbalan Presiden.

Ditanya kewajaran Husam jika dipilih sebagai Presiden, Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, bekas Naib Presiden Pas itu sememangnya menjadi individu kepercayaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Husam juga calon muda dan bervisi mengenai royalti minyak yang tiada pada orang lain walaupun isu itu hanya khayalan semata-mata. Pencalonan beliau oleh Pas Bukit Bintang, iaitu Pas bandar yang rapat dengan DAP menunjukkan mereka mahukan pembaharuan,” katanya.
Cedok kat SINI