Pengikut

Jumaat, 30 Mac 2012

TIDAK BOLEH BACA APA DALAM FIKIRAN PM

Dulu bekas PM pernah terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
hampa boleh baca sebagai ingatan bagi yang mudah lupa kat SINI

Setelah itu akan timbul persoalan, Adakah "
UMNO busuk hingga ke ususnya" telah sembuh atau makin parah?
Jawapannya telah ada dalam benak fikiran masing-masing. Kalau nak lebih sohehkannya kenalah tanya pada bekas PM Tun Mahathir.

Apapun mai la kita baca apa ramalan terbaru mantan PM tentang harapan BN pada pilihanraya yg bakal tiba :

PUTRAJAYA, 29 Mac (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".

Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.



-- BERNAMA


*gambar hiasan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan