BN meramalkan mereka mampu mempertahankan kuasa.
PR pula menjangkakan beberapa negeri bakal dirampas dari penguasaan BN.
Bagi BN pemilihan calon semakin sukar. Orang lama bersaing dengan orang muda. Masing-masing pakat melobi agar dipilih menjadi calon. Calon yang pernah kalah makin sukar mendapat tempat. Tapi yang menang pun bukannya boleh selesa beranggapan dirinya bakal dipilih...
Bagi PKR, Anwar Ibrahim dan janji nak pilih calon yang boleh dipercayai dan diyakini tidak melompat-lompat.
PAS memilih calon berdasarkan kelulusan Majlis Syura. Sesudah itu ada baiah taat setia.
Setiap parti ada cara dan kaedah tersendiri dalam menilai dan membuat pemilihan.
Hari ini keluar berita, pandangan Rafidah Aziz tentang kemampuan BN dalam pilihanraya ke-13 ini. Agak-agak masih menjadi calon lagi ke dia ni?
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya umum ke-13 jika semua jenteranya bersatu dan bekerja dengan lebih gigih, kata bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, malam tadi.
Sambil meminta rakyat supaya terus mengundi BN, beliau berharap keputusan pilihan raya umum itu mungkin lebih baik daripada 2008 sekiranya semua memberi keutamaan kepada parti dan bukannya individu.
"Jangan kerana ada sedikit pijat kita bertindak membakar kelambu. Kalau terdapat lubang-lubang pada kelambu, kita tolong perbaikinya. Pijat dibuang tapi kelambu jangan dibakar," katanya pada sesi santai "Teh Tarik Bersama YB" di sini.
Rafidah berkata jika tidak kerana kerajaan BN, Malaysia tidak akan melihat pencapaian seperti hari ini.
Pemimpin veteran Umno itu juga mengulangi hasratnya untuk melepaskan kerusi Parlimen Kuala Kangsar bagi memberi laluan kepada muka baru.
Diminta mengulas langkah menggabungkan Malaysia Airlines dengan AirAsia, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata langkah itu akan memanfaatkan kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan dari segi pengurangan kos operasi dan pengurusan jangka panjang.
Mengenai rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia, beliau menyokongnya kerana ia akan membawa kebaikan buat para peneroka Felda dan generasi Felda berikutnya.
"Pengurusan MAS dan Felda perlu mengadakan sesi penerangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu untuk memberi penjelasan sebaik mungkin mengenai keputusan yang telah diambil pihak pengurusan," katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan