Adakah selepas ini setiap ahli politik yang dah mencapai umur tertentu perlu bersara? atau wajib bersara?
Seorang Muslim yang menganggap politik itu tidak terpisah dari agama akan menjadikan perjuangan menegakkan kebenaran tidak terhenti dengan sebab tidak dapat sokongan, dipulau, diboikot, atau faktor usia.Menang pun berjuang, kalah pun tetap berjuang...
Setiap gerak lakunya ikhlas mencari redha Allah. Memastikan setiap kezaliman itu ditentang, diperangi dengan pelbagai cara dan kaedah yang tidak menyalahi Syariat.
Berusaha sedaya mungkin menegakkan keadilan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Segala perit gerit,azab siksa, mehnah dan rintangan yg dihadapi bukan penyebab ia berundur. Baginya semua pergorbanan yang dilakukannya adalah sebagai ibadah.
Sesuai dengan janji ikrarnya yang menyatakan hidup, matinya hanya kerana Allah.
Ini adalah Pejuang yang benar-benar ikhlas berjuang menuntut Islam itu berada pada tempatnya.
Apakah ada dalil yang kukuh yang boleh dikemukan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan