Baca baik-baik. Jangan tersilap atau menyeleweng.
“Saya kata kajian yang dijalankan mendapati 7,000 keluarga Melayu dari 60 kampung termasuk Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Permatang Damar Laut boleh diusir keluar pada bila-bila masa kerana tanah yang mereka duduki mereka sekarang ini adalah milik orang lain."
Ini kisah kat Pulau Pinang. Betapa terpinggirnya orang melayu walau dah melalui zaman yang panjang di bawah pemerintahan BN.
Bawah pemerintahan PR macam mana la pulak....?
Moga-moga ada pihak yang dapat bongkar, puak mana yang jual tanah tersebut?
Sebab apa jual sedangkan orang kampung dah lama tinggal di situ...
Dedahkan juga, kenapa sampai begitu sekali ramai yang tiada hak milik tanah?
Buah tangan siapa sebenarnya, dan apa cara penyelesaiannya?
baca bagi habis kat SINI
Farid bidas Guan Eng seleweng fakta
GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad menempelak Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana menyeleweng faktanya mengenai isu tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang.
Menurutnya, Guan Eng memang kerap memutarbelitkan kenyataan atau fakta yang dikemukakan oleh pemimpin UMNO kononnya tidak terlibat atau bersalah dalam sesuatu isu yang dibangkitkan.
“Saya hairan dengan perangai Guan Eng. Dia akan cuba berdalih atau menyeleweng fakta apabila timbul sesuatu isu. Lain yang saya kata, lain pula yang dia komen atau menokok tambah.
“Dia tuduh kenyataan saya berbentuk perkauman dan fitnah semata-mata dengan alasan Kerajaan Negeri tidak terlibat mengusir penduduk dari kampung masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Farid berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan menuduh Kerajaan Negeri mengusir penduduk dari kampung atau rumah masing-masing.
“Inilah masalah dengan Guan Eng. Tanpa membaca dengan teliti apa-apa kenyataan atau menyelidiki fakta terlebih dahulu, dia melompat dan menuduh orang lain rasis dan membuat fitnah terhadap dirinya atau Kerajaan Negeri.
“Saya minta dia buktikan di mana dia baca kenyataan saya itu. Bila saya kata Kerajaan Negeri menghalau atau mengusir penduduk dari kampung mereka.
Farid berkata Guan Eng memang tidak faham isu yang ditimbulkan olehnya dan perlu mendalaminya sebelum membuat sebarang komen.
“Saya kata kajian yang dijalankan mendapati 7,000 keluarga Melayu dari 60 kampung termasuk Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Permatang Damar Laut boleh diusir keluar pada bila-bila masa kerana tanah yang mereka duduki mereka sekarang ini adalah milik orang lain.
“Penduduk terbabit memang membina rumah sendiri tetapi bukan atas tanah milik mereka. Semua tanah itu adalah milik hak orang lain termasuk swasta dan Kerajaan Negeri.
“Takkan itu pun dia susah nak faham. Tetapi memang tidak menghairankan kerana Guan Eng memang bersikap begitu. Dia tidak akan mengakui fakta walaupun benar jika dibangkitkan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, pemikiran pembangkang masih tersemat dalam jiwa Guan Eng dan berterusan mempunyai persepsi negatif terhadap BN walaupun ia adalah satu kenyataan.
“Pembangkang memang tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO dan BN sudah banyak berjasa kepada masyarakat. Jadi dia akan terus mencari salah dan silap kami walaupun kecil sahaja.
“Jasa dan pengorbanan UMNO dan BN yang begitu besar sejak dari dahulu lagi tidak pernah disanjung sebaliknya cuba dilupakan seolah-olah merekalah juara walaupun baru dua tahun memerintah Pulau Pinang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan