Pengikut

Rabu, 27 Oktober 2010

OH BEGITU!!! PATUT LA SENYAP...

"Sekiranya orang alim pakat diam, membiarkan umat manusia kekal dalam kejahilan sampai bila kebenaran nak tertegak... lebih kurang gitulah kata-kata Imam Ahmad.


Baik diam dari berdebat - Mufti

MELAKA 26 Okt. - Mendiamkan diri lebih baik daripada memperdebatkan sesuatu isu semasa yang bukan berkaitan dan akhirnya boleh mengelirukan masyarakat.

Begitulah reaksi Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Md. Salleh ketika diminta memberi reaksi kenyataan wakil Perak, Datuk Rosli Husin pada Perhimpunan Agung UMNO, kelmarin.

Menurut beliau, sesetengah mufti lebih selesa mendiamkan diri daripada 'sibuk' memberi ulasan atau memperdebatkan pelbagai soal isu semasa.

"Jika isu semasa yang dipersoalkan berkaitan dengan agama, saya sendiri lebih gemar merujuk perkara itu dengan Majlis Fatwa terlebih dahulu sebelum membincangkan perkara ini kepada umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin, Rosli meminta institusi agama bijak menangani isu berkaitan agama terutama yang ditimbulkan parti pembangkang agar mereka tidak dilihat seperti dilanda 'sindrom bisu.'

Perkara itu turut diulas oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menyatakan bahawa sikap membisu kebanyakan ulama di negara ini adalah disebabkan mereka tidak mahu terlibat dalam mana-mana parti politik.

Rosli bimbang, jika isu-isu yang dibangkitkan itu tidak segera diperjelaskan kepada rakyat, ia boleh menimbulkan perpecahan umat serta persepsi negatif terhadap Islam.

Dalam hubungan ini, katanya lagi, Majlis Agama Islam di negeri-negeri perlu agresif dan senada ketika memberi penjelasan berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

Selain itu menurut Rashid Redza, beliau berpendapat golongan mufti bukan sengaja mahu dilihat bersikap membisu tetapi hakikatnya mereka lebih selesa merujuk atau membincangkan isu semasa berkaitan agama dengan pihak berkuasa yang sewajarnya.

"Jika mufti di satu-satu negeri beri pandangan sendiri, setiap negeri berlainan peraturannya, ia tidak sama.

"Kalau mufti beri pandangan berbeza mengikut negeri, kita bimbang ia akan mengelirukan masyarakat," katanya.

Menurut beliau, bagi mengelakkan keadaan itu berlaku, sesetengah mufti membuat keputusan untuk tidak membincangkan isu yang berkaitan secara umum selain merujuk perkara berkenaan dengan Majlis Fatwa.
sumber kat SINI


*Gambar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan