Hiburan sopan?
Sopan ikut landasan Islam atau sopan ikut hawa nafsu?
Sapa nak pantau? Cukup ka penguatkuasa hiburan sopan?
Yang dah ada ni pun tak terdaya nak serbu. Serbu hari ni, esok buka macam biasa. Walau dah tertangkap puluhan pelacur kat tempat yang sama.
Atau kena tegur secara sirr juga?
Mari pakat baca apa kata prof ini. Betul atau tak betul pakat fikir sendiri :
SHAH ALAM - Pelaksanaan hab hiburan harus menekankan aspek hiburan yang sopan dan bersih serta tidak menyelitkan hiburan berat melibatkan minuman keras, maksiat dan pergaulan bebas.
Penganalisis Politik, Prof Nizamuddin Sulaiman berkata, terdapat pelbagai aktiviti yang dikaitkan dengan hiburan dan ia tidak semestinya hanya tertumpu pada satu bentuk sahaja.
Menurutnya, di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) terdapat pelbagai program dan salah satunya menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan yang menarik di Asia.
“Kebanyakan yang datang ke Malaysia terutama dari Barat bukan untuk ke pusat hiburan sebaliknya mereka lebih berminat untuk mencuba hiburan yang menjurus kepada sukan dan rekreasi.
“Sebaliknya, mereka yang berada di Asia Tenggara ini lebih cenderung datang ke Malaysia untuk mengunjungi pusat hiburan di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Beliau berkata, Malaysia wajar dijadikan pusat hiburan terkenal di Asia Tenggara asalkan tidak keterlaluan dan memberikan kesan yang tidak baik terhadap perkembangan masyarakat.
“Banyak aspek hiburan yang boleh dimajukan seperti membuka taman tema seperti di Genting Highlands, dan yang lebih berbentuk santai yang boleh dikunjungi oleh mereka yang telah berkeluarga.
“Kita mahukan hiburan yang bersih dari unsur-unsur yang boleh menjejaskan nilai moral masyarakat,” katanya.
sumber : sinarharian
Peristiwa Tsunami banyak memberi pengajaran dan peringatan bagi yang mahu mengambil iktibar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan