Pengikut

Khamis, 13 Mei 2010

HANGAT PASAL BOLA SEPAK :BELA ATAU BELA?!!!

Bekas mufti dah bagi kenyataan,
Mufti yg sedang berkhidmat pun dah bagi kenyataan...
Bakal mufti pun turut bagi kenyataan...
Ini kenyataan terbaru dari yg memang sah tak layak jadi mufti...Ini kerana dia seorang yg bukan beragama Islam. Ikuti pandangan beliau... kalau yg bukan Islam pun tak suka judi, soalnya sekarang siapa yg suka bebenor kat judi ni..habaq mai!!!

SHAH ALAM 13 MEI: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan kelulusan lesen judi bola hanya mencambah gejala sosial dan moral di kalangan rakyat kerana ia dikhuatiri mengheret kaki judi dengan bebanan hutang apabila tabiat berjudi kian berleluasa.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau juga berpendapat tindakan meluluskan lesen judi ini dibuat berikutan sumber kewangan kerajaan pemerintah kian terhad bagi menampung perbelanjaan negara.

Lebih parah lagi, Charles berkata, kelulusan ini hanya melonjakkan masalah moral apabila kaki judi menambah nilai pertaruhan manakala kaki bola pula mungkin terjebak dalam tabiat berjudi.

“Ini merupakan masalah besar yang akan dihadapi rakyat Malaysia khususnya orang miskin, baik Melayu, Cina mahupun India. Mereka akan belanja lebih wang untuk berjudi khususnya pada masa Piala Dunia Jun ini.

Ini merunsingkan dan menjadi masalah serta menyusahkan keluarga miskin, malah orang kaya sekalipun dalam hal ini,” katanya.

Mengulangi pendirian Pakatan Rakyat yang membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi bola kerana ia membawa musibah kepada semua kaum di Malaysia, beliau mengesyaki tindakan Umno BN ini mungkin ada muslihat tertentu.

Charles juga kesal kerana kelulusan lesen judi bola ini bukan sahaja tidak disenangi ramai, bahkan tidak melalui proses tender terbuka.

“Jelas bahawa tender untuk perjudian pada Berjaya Corporation nampaknya tidak ada apa-apa tender dikeluarkan. Maka, kita boleh mengatakan ini satu projek yang diberi untuk kawan-kawan dalam Umno," katanya.

Akhbar Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.
SUMBER ASALNYA DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan