Rasulullah bersabda: “Demi diriku di tangan Allah (s.w.t.)! kamu semua tidak akan memasuki syurga sehingga kamu menjadi orang beriman, dan kamu semua tidak akan menjadi orang beriman sehingga kamu saling cinta menyintai antara satu sama lain. Inatlah, aku tunjukkan kepada kamu semua sesuatu (amalan) yang bila kamu amalkannya dapat memupuk cinta kasih, iaitu: sebarkan salam di kalangan kamu”.
Berdasarkan hadis tersebut, untuk memasuki syurga bergantung di atas iman dan iman pula bergantung di atas wujudnya perasaan cinta dan kasih sayang di antara sesama manusia. Dengan sebab itu perasaan tersebut menjadi syarat dalam keimanan, menjadi rukun dalam akidah dan menjadi asas dalam agama. Perasaan cinta dan kasih sayang ini menjadi syarat bagi menyempurnakan iman serta melengkapkannya. Ini berpandu kepada penegasan Rasulullah dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Sesiapa yan mengasihi dan cinta kerana Allah (s.w.t.), dan membenci kerana Allah (s.w.t.) maka ia telah melengkapkan iman”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan