Pengikut

Rabu, 12 Mei 2010

TERBARU DAN TERKINI:Piala Thomas:Malaysia masih bernafas!!!

Hafiz Hashim membalas kritikan dan cemuhan peminat seluruh negara dengan menjadi hero pada perlawanan penentuan di antara Malaysia dan Denmark.
Beliau menang mudah dengan keputusan : set pertama 21-12 dan set kedua 21-10

Biasalah, bila menang orang pakat puji, bila kalah orang pakat kutuk...
Nak elak kena kutuk, kenalah menang sokmo..
Apapun tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia atas kejayaan layak ke separuh Akhir Piala Thomas.
Selepas ini Pasukan Malaysia akan bertemu dan akan berdepan pasukan pilihan iaitu China.
Sama-sama pakat tunggu siapa hero sebenar antara kedua-dua pasukan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan