Pengikut

Memaparkan catatan dengan label mencari damai yg hilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mencari damai yg hilang. Papar semua catatan

Khamis, 2 Disember 2010

Doktor palsu didakwa cabul remaja bantu sambut 9 kelahiran

Isu cabul dan rogol memang dah membarah dalam masyarakat hari ini.
Macam-macam kes dah terjadi.
Rakyat dah semakin bimbang dan rasa selamat semakin pudar.
Sehingga waktu bersalin pun berhadapan dengan pencabul.
Lepas ni tak tahulah macam mana nak tahu doktor yang memeriksa kita benar-benar doktor atau doktor palsu.
Anak-anak gadis, ibu-ibu, isteri-isteri dan wanita-wanita akan lebih terdedah dengan pencabul.
Bala dari Allah tidak mengenal siapa... Oleh itu tegakkan arahannya...

KLANG, 1 Dis (Bernama) -- Seorang bekas tentera yang menyamar sebagai doktor sejak dua tahun lepas dan pernah membantu kelahiran sembilan bayi di sebuah klinik swasta di sini, ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohamad Shukor Sulong berkata Rabu kegiatan lelaki berumur 41 tahun itu terbongkar apabila seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang bekerja di klinik berkenaan membuat laporan polis pada 11 Nov lepas mendakwa dia telah dicabul oleh suspek.

Lelaki itu yang berasal dari Sendayan, Negeri Sembilan sebelum ini sentiasa berpindah-randah dengan bekerja sebagai pakar perubatan di beberapa klinik di sekitar Lembah Klang bagi mengelakkan kegiatan liciknya dikesan.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, Mohamad Shukor berkata suspek ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi 22 Nov lepas ketika sedang merawat seorang pesakit yang hendak bersalin di sebuah klinik di Klang Utama.

"Selepas menerima aduan cabul pihak kami cuba mengesan suspek, bagaimanapun dia dikatakan pulang ke kampung untuk bercuti.

"Sebaik pulang dari bercuti kita berjaya mengesannya di sebuah klinik dan menahannya untuk membantu siasatan kes cabul," kata beliau.

Mohamad Shukor berkata siasatan lanjut mendapati suspek bukan seorang doktor dan hanya memiliki diploma pembantu perubatan dari sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan sebelum diterima masuk dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, suspek berhenti kerja pada 2006 semasa bertugas sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital tentera di Melaka dan sejak itu dia mula menyamar sebagai doktor di beberapa buah klinik.

Beliau berkata siasatan juga mendapati lelaki itu pernah melakukan penyamaran yang sama di Rawang dan Bestari Jaya.

Suspek uspek yang beristeri dan mempunyai sembilan anak kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyamar yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali," katanya.



-- BERNAMA

Sabtu, 25 September 2010

AWAT DEPA FOBIA SANGAT?


Kalau dah macam ni, memang jelas lagi terlihat.
Betapa hati tidak tenteram dan tiada ketenangan.
Takut kalah atau takut hilang peluang?
Sapa nak pertahan sapa?

Rabu, 18 Ogos 2010

BULAN MEMBUANG HASIL !!!


Sedar dan kembalilah kepada petunjuk Allah.
Usahlah mencipta pelbagai alasan, helah dan tipu daya...
Selagi manusia belagak pandai, belagak hebat, selagi itulah masalah ini tak akan selesai.
Hari demi hari permasalahan ini makin parah dan menakutkan.Itu yang dijumpai...

Melihat kepada kes-kes yang makin kerap disiarkan dalam surat khabar dan lain-lain sumber, memang petanda yang ianya berlaku hasil dari pesta sambutan tahun baru dan hari kekasih... itu antara faktor kekerapan kes buang bayi berlaku pada bulan Ogos dan September...
Nak tau lebih lanjut, mai baca kat sini

Selasa, 6 April 2010

HARU BIRU...


Bila dunia makin tua...
Segala kedamaian makin hilang...
Jiwa resah bimbangkan keselamatan diri dan harta benda...
Tiada ketakutan bagi pelaku jenayah. Allah tidak campakkan rasa gerun pada hati penjenayah dan musuh...
Fikir jgn tak fikir...

Sabtu, 13 Mac 2010

BILA TERLAMPAU LA PANDAI...

Punca kegelapan bagi hati adalah disebabkan tiada sikap peduli pada syariat Allah,
Punca tidak peduli pada Syariat Allah disebabkan kejahilan dan sifat ego pada diri.

Punca kejahilan disebabkan malas,
Malas menuntut ilmu,
malas membaca,
segenap seginya dan segenap lapis malas dan belagak pandai.

"Membaca jambatan ilmu" kata ahli bijak pandai...
Banyak ilmu diperolehi dengan membaca,

Kadang-kadang segelintirnya, rajin membaca, bijak dan cerdik, tapi mudah menghukum bila mana tidak selari dengan pandangannya. Baginya, semua perkara dia tahu dan arif, pandangan dari pihak lain adalah kurang cerdik dan emosi.
Pada waktu itu tiada lagi rendah diri dan adab. Yang kurang enaknya, banyak cerca mencerca,makian dan seumpamanya...

Memang mudahlah hati menjadi gelap gulita...

#-menuntut ilmu adalah fardu

Sabtu, 13 Februari 2010

NAK PILIH TENGAH ATAU TEPI? DIA ATAU AKU?!!

Amat menarik sekali bila baca tentang kedamaian:

"Kalau orang yang meninggalkan pertengkaran itu, Rasulullah jamin akan berada di tengah syurga (kalau ia di pihak yang benar) dan di tepi syurga (kalau ianya di pihak yang salah) maka ini menunjukkan Nabi saw tidak 'gembira' dengan orang yang suka bertengkar. Sekaligus menunjukkan Rasulullah saw amat menyintai dan kasih kepada orang yang meninggalkan pertengkaran. Kalau begitu keadaannya alangkah mulianya orang yang merendah diri dengan memujuk dirinya supaya tidak bertengkar walaupun dia benar.

Pertengkaran jangan dilihat bertengkar sampai tegang urat saraf tetapi pertengkaran dalam bentuk moden ini ialah pertengkaran dalam blog sampai tegang urat jari-jemari. Pertengkaran juga boleh ditafsirkan pertembungan antara dua kumpulan disebabkan pertikaian terhadap sesuatu perkara.

Orang yang bertengkar dan berselisih faham biasanya hilang kedamaian dalam hatinya. Dirinya tau bahawa hati yang damai itu adalah nikmat dan ia pernah beberapa kali mengecapi nikmat kedamaian dan ketenangan hati. Bila bertengkar, hatinya menjadi kelam kabut dan gundah gulana serta berserabut sehingga ia terlupa akan nikmat kedamaian yang pernah dikecapinya itu. Justeru itu, perlu ada orang menyedarkannya bahawa pilihlah kedamaian dengan meninggalkan pertengkaran, perbalahan dan permusuhan...


Nak baca lebih lanjut? sila layari :http://aksidakwah.blogspot.com

Mudah-mudahan dua-dua dapat tengah...
Wallahu A'alam