Usahlah bersangka buruk dan sengaja tak mahu terima hakikat.
Pemuda PAS kena belajar terima penjelasan dari pihak Polis tanpa ragu, was-was.
Dan usahlah cuba memperlekehkan usaha pihak tertentu untuk memberi apa jua kursus kepada mana-mana pihak. Semuanya atas dasar tolong menolong, bantu membantu kearah kebaikan.
Kursus ini mampu memberi ruang yang lebih luas kepada mereka untuk terus bantu Malaysia mencapai tranformasi yang dilaungkan.
Pemuda PAS patutnya turut membantu memberikan kursus-kursus yang sesuai pada mereka agar mereka tidak terkapai-kapai dan kehilangan arah di negara kita yang tercinta. Ramai lagi warga-warga negara lain yang begitu mengharapkan kursus-kursus sebegini demi meneruskan hidup dirantau orang.
Janganlah bising dan kecoh dengan isu ini.
Buat rakyat Malaysia yang masih lagi dilanda kemiskinan, kemelaratan, kesengsaraan usahlah bimbang dan berasa dipinggirkan. Walaupun seolah-olah "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan" itu semua andaian dan sangkaan yang sengaja direka oleh pihak pembangkang yang sengaja nak cari isu setelah belanjawan yang dibentang kerajaan begitu bagus dan amat mantobb.
Ayuh rakyat malaysia,
Langkah kita biar senada,
Bicara kita biar sekata,
Kita kukuhkan kursus-kursus disetiap negeri,
Setiap daerah memacu usaha agar tiada yang tercicir. Biar semua merasa dapat pi kursus..
Biar semua terbela, dari semua negara..
Salah satu kursus yang patut diberikan pada warga asing ialah "kursus kahwin" supaya tiada lagi berita warganegara Malaysia dilarikan kerna tiada restu...
Patutnya kena baca gak apa yang ada kat SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan