Pengikut

Selasa, 18 Oktober 2011

BN PERAK DAH SELESAI PEMBAHAGIAN KERUSI?

Tiada pergaduhan dan perebutan.
Tiada yang berasa tersisih dan terpinggir
Semuanya bejalan lancar dan penuh tertib.
Paling penting 'boleh menang"
Pakatan rakyat kena risau dengan berita ini :

BN Perak Ada bayangan Formula Penyesuaian Pembahagian Kerusi Pilihan Raya

IPOH, 17 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai "bayangan" mengenai penyesuaian terhadap formula pembahagian kerusi berdasarkan peluang dan keupayaan BN meraih kejayaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kesemua pemimpin utama parti komponen BN bersetuju terhadap keperluan kaedah agihan kerusi berdasarkan peluang untuk menang di setiap kerusi tertentu.

Zambry, yang juga Menteri Besar Perak, berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin di kediamannya di sini Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyatakan BN akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang kini diguna pakai bagi menghadapi PRU ke-13.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan