Pengikut

Jumaat, 24 Disember 2010

SEDIH DAN PERASAAN TERGURIS : MANA YANG AULA?

Ada 2 cerita.
Kita baca 2 cerita ini dan kita buat perbandingan mudah.
Mana yang lebih memilukan hati dan
mana yang lebih mengguris perasaan...
Situasi mana yang amat perlu diberi perhatian segera dan perlu menjadi tajuk utama berita?

CERITA SATU :

TANJUNG IPOH – Seorang warga emas yang tinggal di kampung Tengah Ulu di sini, hidup sendirian di rumah usang, setelah semua tujuh orang anaknya mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, rumah itu sudah berusia lebih 40 tahun dan hampir separuh dinding rumah itu sudah rosak dan berlubang akibat dimakan anai-anai.

Awi Ahmad, 73, berkata, masalah menjadi semakin teruk apabila anai-anai itu sudah mula merebak hingga mereputkan dinding dan dia terpaksa menadah air menggunakan bekas setiap kali hujan kerana bumbung rumahnya bocor.

“Saya juga mengalami masalah penglihatan akibat tergelincir di atas tikar getah yang licin kerana dimasuki air hujan. Keadaan ini menyukarkan saya bergerak untuk membersihkan sarang anai-anai yang semakin besar di dinding rumah.

“Saya tidak menyalahkan anak-anak kerana tidak membantu saya. Mereka ada keluarga sendiri yang perlu ditanggung. Biarlah saya hidup susah tetapi tidak mahu melihat anak cucu mati kelaparan dan mereka berhak menerima kehidupan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Awi, yang lebih dikenali sebagai bidan Dewi Ahmad berkata, dia ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan dan jumlah itu cukup untuk menanggung perbelanjaannya.

Selain itu, katanya, dia memperoleh pendapatan hasil mengurut orang dan juga aktif mencari akar kayu untuk mengubati pelbagai penyakit, namun keadaan kesihatan tidak mengizinkannya ke hutan lagi.

“Pada 2009, saya ada membuat permohonan kepada pihak berkaitan untuk membaiki bumbung dan baik pulih rumah.

“Namun, sehingga kini, saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas positif. Saya berharap proses permohonan itu dapat dipercepatkan,” katanya.
dicedok dari sini

CERITA DUA :

Hati Peniaga Terguris Diarah Tanggal Simbol 1Malaysia

BANTING, 23 Dis (Bernama) -- Seorang peniaga kedai serbaneka di sini Khamis berkata beliau rasa terguris bila diarah menanggalkan simbol nombor 1Malaysia pada papan tanda kedainya.

K Thiyagarajan, 26, salah seorang rakan kongsi kedai itu berkata premis perniagaannya menerima notis Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengarahkan simbol 1Malaysia ditanggalkan dari papan tanda itu selewat-lewatnya semalam.

Bagaimanapun, setakat pagi tadi tiada tindakan diambil terhadapnya sekalipun beliau masih tidak mematuhi arahan itu.

Thiyagarajan berkata beliau merasa seolah-olah ada campurtangan politik dalam perniagaannya sedangkan beliau tidak terlibat dalam politik dan program 1Malaysia itu adalah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.



Thiyagarajan mempersoal mengapa logo itu perlu ditanggalkan kerana para peniaga membayar lesen iklan.

Laporan sebuah akhbar Inggeris hari ini memetik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu sebagai berkata Selangor melarang pemasangan logo 1Malaysia kerana ia 'logo politik'.

Logo itu pesanan politik dari Barisan Nasional dan ini bertentangan dengan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan, kata Liu.

-- BERNAMA

begitulah adanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan