"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."
Ini antara kenyataan Datuk Kamarul Baharin dalam facebooknya. tengok kat sini
Ada beberapa persoalan:Saja je nak tanya..
1-Agaknya berapa lama beliau akan memikirkan tindakan seterusnya setelah menganggap kekalahannya sebagai isyarat ahli PKR Telok Kemang menolak kewibawaannya?
2- Berwibawa atau menjadi beban?
3- Muhasabah tentang sikap, dan cakna pada masyarakat setempat adakah ianya mencukupi dan memuaskan hati ramai orang bawahan?
4- Kekal istiqamah dengan perjuangan yang dilaungkan sebelum ini atau ada agenda nak melompat?
Kesimpulannya : Setiap pemimpin akan ditanya tentang pimpinannya. Sungguh berat tanggungjawab yang dipikul. Akan binasalah bila pemimpin dilantik dikalangan mereka yg bukan ahli, iaitu yang tidak berkelayakan dan berwibawa dalam erti kata yang sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan