Kisah, cerita, atau berita yang tidak diketahui sumbernya sering diguna pakai dan dianggap benar. Ini kerana tidak berhati-hati dan sikap terlalu gopoh.
Akibatnya banyak..pakat pikir sendiri la.
kisah kat bawah ni sekadar contoh yang mungkin direka untuk mengajar kita lebih berhati2 dengan maklumat yang diterima:
Sebuah tengkorak telah ditemui di tapak pra sejarah di Kedah. Para pengkaji menghadapi masalah untuk menentukan usia tengkorak tersebut walaupun telah mengkaji sekian lama.
Tengkorak itu juga dihantar kepada beberapa makmal yang berbeza namun hasilnya juga adalah berbeza diantara satu sama lain. Usia tengkorak tetap juga gagal disahkan.
Setelah 6 bulan berlalu tanpa hasil, seorang pemuda menawarkan diri untuk menentukan usia tengkorak tersebut. Dua hari kemudian pemuda tersebut mengumumkan usia tengkorak tersebut 234 tahun 3 bulan dan 12 hari.
Para pengkaji berasa hairan dan bertanya “bagaimana kamu boleh menentukan usia tengkorak tu dalam 2 hari sedangkan kami punyai alatan canggih pun tak berjaya?”
“Oh, agak susah juga, setelah saya menumbuknya hingga parah barulah ia nak bagitau umurnya yang sebenar, hehe” jawab pemuda tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan