
Jika hendak dibezakan Nabi dengan manusia di dunia ini jauhnya bagai langit dan bumi. Oleh itu apa yang ditentukan oleh Rasulullah saw, jika bercanggah dengan ketentuan manusia, yang bercanggah itu akan gugur.
Dengan memiliki perkara-perkara di atas, akan timbul rasa kasih kepada Nabi, yang mana ini akan menyekatkan kita daripada tenggelam dalam lautan hawa nafsu, serta jauh daripada gangguan-gangguan syaitan.
Firman Allah yang bermaksud :
“Inilah satu-satunya jalanku yang lurus (iaitu Islam) maka hendaklah kamu mengikutinya. Jangan mengikuti jalan-jalan lain, nescaya kamu akan berpecah daripada jalan Allah. Yang demikian itu telah diwasiatkan oleh Allah kepada kamu supaya kamu bertaqwa” ....Surah Al-An'am ayat 153
Tiada ulasan:
Catat Ulasan