Pengikut

Ahad, 25 Julai 2010

JUMPA MUFTI : POLITIK KAMPUNG MAKIN MENJADI-JADI?

( Siri 2 )
Hassan Ali sudah mengaku bertemu dan berjumpa dengan Mufti Perak.

Masalah muncul dengan sebab pertemuan itu kononnya membincangkan soal perpaduan antara parti Umno parti Pas.

Menurut kenyataan Mufti, perbincangan soal itu memang wujud,
Manakala Hassan Ali cakap perbincangan tiada lansung babitkan soal itu.
Lagipun beliau mana ada mandat dari parti untuk membincangkan dan memutuskan apa jua perkara.

Siapa betul siapa benar dalam isu ini telah diulas mufti dengan menyatakan bahawa seorang mufti tidak berbohong.
Begitu juga dengan Hassan Ali yang turut menafikan soal perpaduan dibincangkan dalam pertemuan tersebut.
Telah berlaku percanggahan antara satu sama lain.
Sorang kata ada, yang sorang lagi kata tak ada.

Bukan apa, manalah tahu bukan Hassan Ali yang dimaksudkan Mufti itu?

Sesiapa pun boleh jumpa Mufti. Tiada mana-mana pihak yang boleh melarang setiap individu untuk bertemu Mufti. Terpulanglah nak bincang bab apa sekalipun.
Memang tidak ada hukum yang mengharamkan bertemu atau berjumpa dengan mufti adalah menjadi suatu kesalahan.

Cuma yang risaunya bila politik zaman kini dah macam nak haramkan bertemu dengan individu dan tokoh-tokoh tertentu?

Politik mengawal agama atau agama mengawal politik?

Sebarkan kebaikan parti anda pada setiap orang, untuk tingkatkan sokongan. Bukan hanya pada penyokong tegar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan