Nabi Muhammad s.a.w. telah berkata:"Oleh kerana Allah Maha Suci daripada segala sifat-sifat yang tercela, Dia menyukai dan memberkati segala-galanya yang tidak cacat. Allah s.w.t. memerintahkan supaya semua orang-orang Islam menyanjung tinggi sesuatu yang sunyi daripada kecacatan sepertimana yang telah diperintahkan kepada para Rasul-rasulNya.
Firman Allah s.w.t. didalam Al-Quran yang bermaksud :
"Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik dan perbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu lakukan" (Al-Mu'minun - 51)
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik yang telah Kami kurniakan atas mu" (Al-Baqarah - 172)
Nabi Muhammad s.a.w.telah menyebut tentang seorang manusia yang permintaannya tidak ditunaikan oleh Allah s.w.t. walaupun dia sering menadahkan tangannya dan menyebut-nyebut:"Ya Allah! Ya Allah!" Pada lahirnya doa seperti itu telah sepatutnya diterima oleh Allah s.w.t. tetapi apabila diteliti semua makanannya, minumnya serta pakaiannya telah diperolehi dari sumber-sumber yang haram, jadi Allah s.w.t. tidak menghiraukan doanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan