Pengikut

Isnin, 3 Mei 2010

BILA JANDA TUA MENGAMUK

Bila janda tua terasa hati...
Tak kiralah siapa pun yg menyebabkan hatinya terluka, ia tetap dengan pendiriannya...
Hatta walaupun dengan PM sekalipun...

Ikutilah kisahnya:
LONDON - Seorang janda tua yang digelar 'taksub' oleh Perdana Menteri Britain, Gordon Brown pada minggu lalu menegaskan kelmarin bahawa beliau tidak akan mengundi mana-mana parti dalam pilihan raya umum yang bakal berlangsung pada 6 Mei depan.

Janda itu, Gillian Duffy yang merupakan penyokong setia Parti Buruh sebelum ini turut melahirkan rasa simpatinya kepada Brown ekoran pendedahan media mengenai panggilan yang diberikan kepadanya itu.

"Saya kasihankan Gordon kerana dia akan kehilangan banyak perkara berbanding saya.

"Saya meminta maaf kerana perkara ini berlaku. Namun, anda yang akan kalah, bukannya saya," itulah yang diucapkan oleh Duffy ketika Brown datang ke rumahnya untuk meminta maaf selepas mengelarkannya sebagai seorang wanita yang taksub selepas beliau bertanya banyak soalan kepada Perdana Menteri Britain itu pada Rabu lalu.

Nenek itu menyatakan beliau terkejut dengan kata-kata Brown yang diketahui media kerana mikrofon pada bajunya tidak ditanggal semasa beliau menaiki sebuah kereta selepas menemui Duffy di Rochdale, barat laut England pada Rabu lalu. Duffy bagaimana pun berasa lebih 'sedih' berbanding 'marah' mengenai insiden tersebut.

Apabila komennya itu disiarkan ke seluruh negara, Brown pergi ke rumah Duffy untuk memohon maaf.

Selepas 40 minit, Brown keluar untuk memberitahu wartawan bahawa beliau berasa sangat malu dan menyesal.

"Beliau (Brown) mahu saya keluar dan berjabat tangan di hadapan kamera. Namun, saya tidak mahu melakukannya," jelas Duffy. - AFP
sumber di sini
*-Ini bukan janda tua yg dimaksudkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan