Pengikut

Jumaat, 12 Februari 2010

MUSUH DALAM SELIMUT ?( update)

Malam tadi buat cite tentang musuh dalam selimut. Arini keluar cite "musuh dalam kelambu. Kelambu dah makin banyak nyamuk, nak bakar kelambu atau nak keluar kelambu?!! maklumkan pada media sehabisnya tentang cerita dalam selimut dan dalam kelambu... Entah apa la nak dicanang arini... mari kita pakat teka.
Mungkin antara lain bicaranya pada sidang akhbar tersebut :
1-Kepimpinan kuku besi!!!
2- Pemimpin dah terpesong!!!
3- Pemimpin pentingkan agenda peribadi!!!
4-Pemimpin tidak mendengar suara akar umbi!!!
5- Pemimpin lupa daratan!!!
6- Pemimpin..bla,bla dan blaa...
7- Macam2 ada!!!

Akhirnya mereka gak bagus,
tindakan mereka gak yg paling lurus,
Tindakan mereka paling mendapat sokongan,
Merekalah yg paling kehadapan memperjuangkan nasib rakyat, bukan perut sendiri...
hehehee...
sumber : disini

Para wartawan kini sedang menunggu di Hotel Singahsana di Petaling Jaya di ibunegara untuk menghadiri sidang akhbar ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim, yang dijangka akan membuat satu pengumuman penting.

Zahrain menjadi tumpuan sekarang ekoran tindakannya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar itu pada jam 11 pagi.

Turut bersamanya mensasarkan ketua menteri ialah ahli parlimen PKR, Tan Tee Beng (Nibong Tebal, Penang), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru, Kedah) dan yang terbaru Wee Choo Keong (Wangsa Maju, Kuala Lumpur).


Akhir kata :
kata para ilmuan silam:
Musuh yg paling sukar dihapuskan adalah musuh berwajah dua.

wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan