Pengikut

Khamis, 17 Disember 2009

Datuk Ahmad Yaakob : "bukan perkara main-main."

Assalamualaikum.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ(153)

Maksud Nya :

“Wahai sekelian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan perintah Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”

Surah Al Baqarah Ayat :153

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dengan tegas menyatakan bahawa beliau belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Malah menurutnya, sekiranya benar-benar dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz, ia sebagai satu tanggungjawab besar yang sukar digambarkan. "Bukan soal terima atau tidak, ini adalah soal tanggungjawab yang cukup besar... ia bukan perkara main-main. "Saya sendiri rasa begitu kerdil dan tak berkemampuan untuk lakukan seperti yang telah dilakukan oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selama ini bagi membangunkan Kelantan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan bahawa beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang. Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, Ahmad sebagai pelapis nombor satu kepimpinannya. Sebelum ini timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Polemik isu semakin hangat selepas Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencadangkan agar Nik Abdul Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam Pas negeri.

Bagaimanapun menurut Ahmad, beliau menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menamakan dirinya sebagai pengganti kepimpinan di Kelantan hanya sebagai kiasan. "Benarkah Tok Guru cakap macam tu? Tapi bagi saya itu hanya kiasan Tok Guru sahaja. "Tok Guru cakap macam itu berdasarkan kedudukan saya sekarang sebagai orang nombor dua, saya timbalannya sekarang.

"Tak berbangkitlah isu-isu macam ini, kita masih memerlukan Tok Guru menerajui Kelantan," katanya.
dipetik dari: http://anaksengat.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan