Pengikut

Rabu, 7 Disember 2011

TELUS, MULUS DAN DOT DOT...

Penggunaannya menjadi bukti ketelusan dan tiada lagi ruang untuk berlaku penipuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Macam sebelum ni, saat-saat akhir, penggunaannya dibatalkan atas alasan yang semua dah tahu.
Tertipulah lagi set pembangkang..hahaha..
Asyik-asyik kena patuk dengan ular yang sama kat lubang yang sama...
Apa kata Nazri lagi?
Dia kata ini bukti ikhlasnya kerajaan dan bagaimanapun, katanya pihaknya akan meneliti desakan sesetengah pihak dalam isu penggunaan dakwat kekal yang dikatakan tidak sesuai digunakan oleh orang Islam kerana dakwatnya dikatakan kekal daripada dicuci untuk tempoh 48 jam.
hehehe.. Alasan ini barangkali akan digunakan pada waktu tibanya tarikh pengundian... Barangkali sahaja, banyak lagi alasan depa boleh buat..

Bacaan lanjut : kat SINI





*Gambar lama

Selasa, 6 Disember 2011

BILA GADAI DAPAT DUIT..

Usahlah risau apatah lagi nak kecoh-kecoh ujar abg Umna pada sahabat baiknya abe Mica,
Hidup melayu!!! bermakna kita mempertahankan melayu walau apa keadaan sekalipun, waktu senang waimma waktu susah sekalipun kita tetap sokong, terang Abg Umna lagi supaya abe Mica lebih jelas dan tidak tersalah paham.
Kita semua kena belajar terima yang segala jenis kemunduran dan kelemahan yang melanda umat melayu ini adalah salah DAP, sambung Abg Umna memanaskan lagi perbualan diantara mereka berdua, walaupun abe Mica lebih banyak berdiam diri.
Mana mana tanah yang terjual atau tergadai itu semuanya memberi hasil lumayan pada melayu jugak, jangan la dok nak pejatuh melayu je...bila jual tanah, gadai tanah, semuanya akan dapat duit, bukan percuma, kena ingat tu wahai abe mica oiii..

Ni awat nak kata kat melayu ni? kat SINI



*saling tersenyum

Sabtu, 3 Disember 2011

AMARAN :JANGAN SAMPAI HILANG NIKMAT!!!

Susah bila nikmat hilang.
Susah nak bantu rakyat,
Susah nak memberi khidmat bakti... Mat Sabu tak berpeluang mendapat manafaat jalan yang berturap lagi...kononnya la..hehehe
sebetulnya, bila nikmat hilang,
Susah nak dapat projek,
susah nak boroikan perut sendiri, ahli keluarga dan kaum kerabat,
Susahnya nak beli kondo, keta besaq dan melancong luar negara dan macam-macam lagi.
Senang cerita, bila dah besa dok senang lenang, bila nikmat tu hilang memang amat terasa sekali kesannya...
Boleh jadi gila ooo..
Harus diingat, tindakan orang gila sukar diramal.. berhati-hatilah...

Terbaca la pulak pasal pesanan Ketua Pemuda kat SINI








*Mantan Ketua Pemuda

Khamis, 1 Disember 2011

LETIHNYA NAK JAGA LEMBU...

Kena gaya memang boleh kaut untung pelihara lembu ni..
Jika tak kena cara dan gaya pun bisa melingkup jugak.
Apa pun, kerja ni memang banyak cabaran.
Terpalit dengan lumpur tu dah jadi lumrah.
Tercalit dengan taik lembu pun memang dah jadi rutin.
Kena selalu menyingsing lengan baju hingga nampak bulu ketiak.
Demi kejayaan yang lebih gemilang dan terbilang..
Ada masa cubalah kita selami kesukaran dan keperitan menjadi usahawan ternakan...

Rabu, 30 November 2011

DIIKTIRAF JENTERA UTAMA TAPI KETUANYA TAK JADI MENTERI...

Kini je baru diiktiraf?
Dulu-dulu macam mana?
Syarat diiktiraf bilamana ketuanya tidak dilantik menteri? hehehe...
Kena usaha lagi ye, moga berjaya menjadi calon boleh menang...apa yang penting? KERJASAMA..

Pemuda Umno Kini Jentera Utama Bukan Lagi Sampingan - KJ

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno kini diiktiraf sebagai jentera utama dalamsama-sama membantu membuat persiapan untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin menyifatkan amanat yang telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan persidangan wanita, pemuda dan puteri Umno pada malam Selasa sebagai satu pengiktirafan positif dan mandat yang besar lagi berat.

"Jika dalam istilah perang atau tentera, panglima dan hulubalang mempunyai tanggungjawab besar dan satu tugas yang berat.

"Kami (Pemuda Umno) kini bukan lagi pelakon-pelakon sampingan tetapi sebenarnya diberikan tugas di barisan hadapan untuk memastikan kemenangan dalam PRU akan datang," katanya pada sidang media selepasmajlis perasmian berkenaan.

Khairy berkata, pengiktirafan itu juga adalah cabaran kepada beliau dan jentera sayapnya serta sebagai satu amanah kerana ia mengangkat darjat dan taraf Pemuda Umno.

"Ia adalah hasil daripada kerja kita selama ini untuk memastikan BN (Barisan Nasional) dan Umno dapat diterima dan menjadi pilihan orang muda.

"(Namun) apa yang lebih penting adalah cabaran akan datang sebelum PRU tentang apa yang kita perlu buat. Rangka dan strategi itu sudah siap cuma perlu dipastikan ia dapat dilaksanakan dan dilunaskan secara sempurna," katanya lagi.

Beliau menambah, pengiktirafan itu juga bukan untuk seronok-seronok atau syok sendiri tetapi sebenarnya adalah amanah dan terdapat satu gerak kerja yang akan dimulakan selepas Perhimpunan Agung Umno untuk persediaan menghadapi PRU.

"Kami akan turun sehingga ke pusat daerah mengundi dan melibatkan semua pemuda. Tugas kita amat jelas selepas ini.

"Kita akan ada satu kursus untuk tugas-tugas khas bagi pilihan raya dalam waktu terdekat iaitu Disember ini melibatkan semua bahagian dan mereka akan tahu tugas masing-masing," katanya.

Dalam ucapan Muhyiddin bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad", beliau mengiktiraf Khairy sebagai panglima perang dan menggesa Ketua Pemuda Umno itu menggerakkan barisan sayap menjadi benteng parti yang kukuh dan mempersiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalampeperangan yang paling perit dalam sejarah parti.

"Landskap politik kini adalah milik orang muda. Umno komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda.

"Kepada pemimpin-pemimpin Umno, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. Umno tidak akan menjadi parti kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda," kata Muhyiddin.

berita ambik kat SINI




*mantan Ketua Pemuda

Selasa, 29 November 2011

SEMUA AHLI WANITA UMNO KENA PERCAYA 110%

Tidak boleh tidak semua ahli kenalah percaya dengan kenyataan beliau.
Yakin dengan ketelusan pemimpin dalam memimpin.
Bukan ambil kesempatan dari jawatan yang disandang.
Jika ada pun ianya hanyalah berasaskan kelayakan, kemampuan dan pengalaman yang dimiliki. Dan sudah barang pasti ianya dibuat diluar pengetahuan pemimpin tersebut.
Memang tidak ada kena mengena. Aku pun terpercaya begitu..hehehe
Jika ada yang bangkitkan dalam perhimpunan nanti, ianya melambangkan ketidakpahaman,kejahilan dan kecetekan pemikiran mereka. Malahan boleh dianggap terpengaruh
dan terpedaya dengan dakyah pembangkang yang asyik iri hati kerana tidak dapat projek.
Jika tiada yang bersuara maka sokongan masih padu, utuh dan kukuh. Memang ada harapan jadi calon boleh menang..hahaha
Apa yang penting, jangan la suruh menteri tersebut letak jawatan. Biarlah ia terus disitu hingga ruyubbbbbbbbb..
Bacalah kat SINI


*mantan ketua wanita Umno

Ahad, 27 November 2011

JANGAN BACA WAKTU TENSION...



Seorang lelaki penyokong kuat Be eNd singgah di sebuah warung dan memesan segelas teh ais.

Sebentar kemudian,teh pun sampai dan ketika dia hendak meminumnya dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang di dalam tehnya..lalu ia memanggil pelayan....

"Waiter...!!! Kenapa ada lalat di dalam teh saye....!!!

dengan muka slambe si pelayan pun menjawab....

"takkanlah dengan harge teh RM 1.00....anda mengharapkan "lembu" di dalamnye..."