Dulu-dulu macam mana?
Syarat diiktiraf bilamana ketuanya tidak dilantik menteri? hehehe...
Kena usaha lagi ye, moga berjaya menjadi calon boleh menang...apa yang penting? KERJASAMA..
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno kini diiktiraf sebagai jentera utama dalamsama-sama membantu membuat persiapan untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin menyifatkan amanat yang telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan persidangan wanita, pemuda dan puteri Umno pada malam Selasa sebagai satu pengiktirafan positif dan mandat yang besar lagi berat.
"Jika dalam istilah perang atau tentera, panglima dan hulubalang mempunyai tanggungjawab besar dan satu tugas yang berat.
"Kami (Pemuda Umno) kini bukan lagi pelakon-pelakon sampingan tetapi sebenarnya diberikan tugas di barisan hadapan untuk memastikan kemenangan dalam PRU akan datang," katanya pada sidang media selepasmajlis perasmian berkenaan.
Khairy berkata, pengiktirafan itu juga adalah cabaran kepada beliau dan jentera sayapnya serta sebagai satu amanah kerana ia mengangkat darjat dan taraf Pemuda Umno.
"Ia adalah hasil daripada kerja kita selama ini untuk memastikan BN (Barisan Nasional) dan Umno dapat diterima dan menjadi pilihan orang muda.
"(Namun) apa yang lebih penting adalah cabaran akan datang sebelum PRU tentang apa yang kita perlu buat. Rangka dan strategi itu sudah siap cuma perlu dipastikan ia dapat dilaksanakan dan dilunaskan secara sempurna," katanya lagi.
Beliau menambah, pengiktirafan itu juga bukan untuk seronok-seronok atau syok sendiri tetapi sebenarnya adalah amanah dan terdapat satu gerak kerja yang akan dimulakan selepas Perhimpunan Agung Umno untuk persediaan menghadapi PRU.
"Kami akan turun sehingga ke pusat daerah mengundi dan melibatkan semua pemuda. Tugas kita amat jelas selepas ini.
"Kita akan ada satu kursus untuk tugas-tugas khas bagi pilihan raya dalam waktu terdekat iaitu Disember ini melibatkan semua bahagian dan mereka akan tahu tugas masing-masing," katanya.
Dalam ucapan Muhyiddin bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad", beliau mengiktiraf Khairy sebagai panglima perang dan menggesa Ketua Pemuda Umno itu menggerakkan barisan sayap menjadi benteng parti yang kukuh dan mempersiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalampeperangan yang paling perit dalam sejarah parti.
"Landskap politik kini adalah milik orang muda. Umno komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda.
"Kepada pemimpin-pemimpin Umno, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. Umno tidak akan menjadi parti kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda," kata Muhyiddin.
berita ambik kat SINI
*mantan Ketua Pemuda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan