Pengikut

Jumaat, 5 Ogos 2011

ROSNAH BAKAL JADI MENTERI?

Oleh kerana ahli dah ramai, mungkin pada masa depan bakal dilantik jadi Menteri penuh.
Itupun jika masih menang.
Pun begitu kenalah pastikan betul-betul ahli tu ada kad pengenalan warna biru, bukan merah ye..

PAPAR: Usaha agresif Pergerakan Puteri Umno dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakan itu kini mencecah 360,000.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah.
"Di samping itu, inisiatif untuk mendaftarkan ahli yang layak bergelar pemilih juga agresif dijalankan.
"Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri Umno akan menjadi nadi kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat. - BERNAMA
copy dari SINI

ORANG RAMAI LAGI LA RISAU...

Kalau pembunuh tu masih belum tertangkap, orang ramai pakat risau.
Tindakan penjenayah tersebut memang tak berhati perut.
Setakat ini polis masih buntu...
Terbaca kat sini

Polis buntu identiti dua mayat di Ampang


KUALA LUMPUR: Meskipun seluruh anggota badan mayat wanita dan kanak-kanak lelaki yang ditemui dikerat di sebuah apartmen di Ampang tiga hari lepas telah dilengkapkan, polis masih buntu mengenai identiti mereka.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata setakat ini hanya cap jari wanita itu sahaja yang menjadi petunjuk kepada polis.
"Kita juga sedang semak senarai orang hilang. Kita seru orang ramai tampil bantu siasatan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, keadaan kedua-dua mayat yang sudah reput menyukarkan tugas semua pihak terbabit untuk mengenal pasti mangsa.

Siasatan kini bertumpu kepada keterangan penduduk di apartmen berkenaan memandangkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan perumahan itu tidak berfungsi, katanya.

"Kita belum jumpa tuan rumah sebab rumah itu dipercayai telah ditinggalkan hampir 10 tahun lepas. Jadi, apa yang boleh kita lakukan bagi mencari petunjuk kes ini adalah dengan mengambil keterangan jiran dan menganalisis bukti yang ada dari kedua-dua mayat yang ditemui," katanya.

Ditanya sama ada unit rumah itu merupakan lokasi mayat dikerat, Amiruddin berkata perkara tersebut masih dalam siasatan.
Laporan penuh daripada semua pihak yang terlibat akan diketahui dalam masa terdekat, katanya.

Rabu lepas, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggar berusia antara lima dan enam tahun. - BERNAMA

Selasa, 2 Ogos 2011

PAKATAN BAKAL BUNGKUS WAL LINGKUP ?

Kalau depa ni pakat bagi undi kat BN,
dengan janji janji dan ugutan..pakai lingkup la Pakatan rakyat.
Ini yang dapat dikesan.. yang tak terkesan dan yang wujud tanpa sedar dan rela bagaimana?
Memang lingkup la..
pakat tengok kat SINI

Ahad, 31 Julai 2011

AHLAN...

Ahlan ya Ramadhan..
Bulan penuh keberkatan,
Bulan penuh kerahmatan,
Bulan penuh keampunan,
Bulan penuh kasih sayang,
Bulan penuh kemuliaan,
Bulan teristimewa dari segala bulan,
Bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang beroleh ketakwaan hasil dari tarbiah Ramadhan.
InsyAllah...

AHLAN...

Ahlan ya Ramadhan..
Bulan penuh keberkatan,
Bulan penuh kerahmatan,
Bulan penuh keampunan,
Bulan penuh kasih sayang,
Bulan penuh kemuliaan,
Bulan teristimewa dari segala bulan,
Bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang beroleh ketakwaan hasil dari tarbiah Ramadhan.
InsyAllah...

Jumaat, 29 Julai 2011

DAP KENA BELASAH LAGI..

Sejak menang di Pulau Pinang, dah jenuh DAP kena belasah.
Boleh dikatakan hari-hari dalam tv ada je yang membelasah. Paling banyak isu yang jadi bahan belasahan ialah kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganiaya orang Melayu.
Hari ni kena belasah lagi..

DAP ketepikan Cina utamakan Melayu, dakwa MCA

PULAU PINANG, 29 Julai: Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera and India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang menempelak DAP yang didakwa mereka mengetepikan kaum Cina dalam penanugerahan kontrak JPS Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 2008.

“Tiada seorang pun kontraktor Cina dalam lima kawasan yang dianugerahkan projek JPS Negeri. Ini bukti bahawa walaupun dengan sokongan orang Cina untuk Lim Guan Eng dan DAP, hak orang Cina semakin terhakis selepas DAP berkuasa.

"Ini kerana DAP berpandangan ke hadapan dan sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sokong orang Cina selama-lamanya untuk mengukuhkan kuasa politik mereka di pilihanraya umum akan datang, tapi saya harap cubaan mereka untuk memberikan imej yang baik kepada semua kaum tidak dilakukan dengan menggadaikan hak orang Cina,” tulis beliau dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web MCA.

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 Julai yang lalu, Tan mengatakan kekesalannya apabila semua projek JPS Negeri diberikan kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim, di mana antara penerimanya 20 peratus adalah wanita.

“Oleh itu, saya terkejut dan saya tidak dapat memahami mengapa tiada satupun kontrak diberikan kepada mana-mana kontraktor Cina.

"Saya percaya bahawa kontraktor Cina sedar akan tender projek itu dan telah mengemukakan permohonan. Oleh itu, adakah kerajaan negeri menganggap permohonan mereka tidak lengkap?” soal beliau.

Pada pendapat Tan, kerajaan pimpinan Guan Eng sepatutnya adil kepada semua kaum dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kontrak kepada kaum Bumiputera untuk membuat parti tersebut kelihatan ‘adil’.

Tan juga memberikan amaran secara tidak langsung kepada kerajaan Pulau Pinang dengan memberikan peringatan bahawa kontraktor-kontraktor bukan Cina yang dilantik mungkin ada masalah kredibiliti dalam menyiapkan kerja mereka dan menyeru kerajaan negeri berhati-hati ketika memilih kontraktor.

“Mereka juga harus memastikan kontraktor yang dilantik boleh menyiapkan projek tersebut dan tiada masalah yang wujud kepada infrastruktur negeri untuk menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat,” tambah beliau.

Kenyataan Tan hari ini sekaligus telah memberi tamparan dan menidakkan tindakan Kimma, Umno dan media tradisional khususnya yang seringkali menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganiaya orang Melayu.
sumber: sini

Khamis, 28 Julai 2011

MALAYSIA TAK MENANG..

Jangan kecewa!!! itu kata pengulas bola di TV1.
Sapa nak ikut?
Hakikatnya ramai yang kecewa, hampa dan geram.
Walau apa pun, para peminat yang hadir di stadium memang mengharapkan malaysia melakar sejarah. Tapi kehampaan.
Berat mata memandang. berat lagi yang beratur lama nak beli tiket, tapi tak dapat kerana tiket habis. Yang dapat beli tiket lagi geram kerana terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Singapura.
Kalah tetap kelihatan kalah..