Pengikut

Jumaat, 15 Januari 2010

Antara Nasihat dan Mengumpat

Nasihat berfaedah pada diri dan orang lain.
Nasihat yg baik jika diikuti akan memberi pahala bagi yg memberi nasihat dan yg menerima nasihat.
Agama itu nasihat kata nabi kita.
Bagi yg sudi mendengar nasihat dan mengikut nasihat tergolong dalam golongan orang yg lembut hatinya. Inilah yg patut dipilih oleh tiap insan. Sudi memberi nasihat dan menerima nasihat.
Mengumpat Pula mengundang dosa.
Dosa mengakibatkan jiwa jadi tidak tenteram,
hati jadi hitam dan keras.
Orang yg diumpat tidak suka bila diumpat.
Jika kita tahu ada orang mengumpat kita,
pasti kita rasa bengang dan tak puas hati bila ada orang mengumpat kita.
begitu juga orang lain.
Sekian.

SAPA NAK PANTAU? KERAJAAN @ PEMBANGKANG?

Assalamualaikum.
JIka ini yg kita baca :...Sekiranya kerajaan bercadang untuk membenarkan non muslim mengguanakan kalimah Allah, maka syarat-syarat yang ketat mestilah dikenakan demi memastikan perkara-perkara di atas tidak berlaku. Hukuman yang berat juga mesti dikenakan kepada pihak yang menyalahgunakan kebenaran tersebut. Ini demi memastikan kesucian nama Allah terpelihara dari sifatnya yang Maha Esa.
Soalnya, nak harapkan sapa pantau?
soal harga barang naik tak terpantau,
soal harga tiket bus naik tak terpantau,
soal ulat tiket setiap musim tak terpantau,
soal ayam tak sembelih dengan betul tak terpantau,
soal hotel tak ada sijil halal jamu orang Islam tak terpantau,
Soal 40 ribu rakyat India hilang di Malaysia tak terpantau,
Soal rakyat cina yg datang jadi pelacur tak terpantau,
soal dadah yg ada macam2 agensi pun tak terpantau,
soal sempadan diceroboh pun tak terpantau,
soal nyawa dan harta yg sering terdedah dengan bahaya pun tak terpantau,.......
soal n macam- macam lagi soal yg tak terpantau...
bukan tak ada skuad pemantau,
ada beribu2 skuad pemantau,
bukan tak ada garis panduan yg ketat lagi mantobbbb....
kita pernah dengar dulu tentang 2 ribu pemantau harga barang bagi menjamin barang tak naik, tapi barang naik macam takde pemantau je.
Tiba2 nak tambah lagi beban?!!!
dah terbukti belum nie tentang ketidakmampuan soal memantau nie.
jadi pakat pikiq sendiri
moga2 jgn ada ayat kat atas tu di Malaysia udah laaa...
yang sokong dgn bersyarat pun tak mampu nak bertindak lagi...
Soalnya sapa nak pantau? masih lagi berharap?
terbukti sudah tentang itu. Semua yakin dan paham.
Zalim atau adil?
Zalimkah kita?
adil kepada semua.
jgn kata kat aku kepala hotak dah la.
kesian aku.
wassalam

Rabu, 13 Januari 2010

TERUK

Assalamualaikum.
memang teruk,
ku sangkakan sedikit cuma,
tapi...
begitu dahsyat

terpaksalah aku berhempas pulas,
mencari cara dan jurus terbaik,
akhirnya...
pecah jua...

Ahad, 10 Januari 2010

AWAS!!! :SERANGAN ANAI2 YG MEMUSNAHKAN !!!

Assalamualaikum.
Anai-anai adalah sejenis serangga yg diciptakan oleh Allah dengan ciri2 dan sifat2nya yg tersendiri.Setiap makhluk yg diciptakan Allah mempunyai peranan dan hikmah yg tersendiri.

Semua maklum tentang keupayaan dan kecekapan anai2 dalam urusan kerjanya. Senyap dan makan dalam. Sukar dikesan dan terurus kerja buatnya. Itu serba sedikit latar belakang anai2. Nak tahu lebih lanjut sila baca buku mengenainya dan boleh dapatkan maklumat melalui internet dan sebagainya.

Hari ini nak kena pindah rumah baru. Bukan rumah baru beli, tapi rumah sewa. Melihat pada lantai kayu yg penuh dengan kesan2 serangan anai2 terpaksalah beli racun anai2 n kenalah sembur dulu sebelum angkat barang. Kalau tidak habis almari, buku2 dan lain2 lagi akan menjadi mangsa serangan senyap anai2 yg bisa memusnahkan sebuah rumah yg indah dan segala isinya.
Berhati2 dengan serangan anai2 yg sukar dikesan melainkan kita selalu memantau dan mengambil langkah berjaga2 sebelum parah.
Letih angkut barang.

Sabtu, 9 Januari 2010

HAK SESAMA MUSLIM

Assalamualaikum.
"Dari Ibnu Umar Radhiallahu anhu. Bahawa Rasulullah SAW. Bersabda : Seorang Muslim itu menjadi saudara kepada seorang saudara muslim yang lain.Dengan sebab itu ia tidak boleh menzalimi atau membiarkan saudaranya itu dizalimi.Sesiapa yang menyempurnakan hajat saudaranya nescaya Allah menyempurnakan hajatnya pula.Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan (kesusahan) saudaranya maka Allah akan melepaskan daripadanya satu kesulitan (kesusahan) pada hari khiamat kelak.Seterusnya sesiapa yang menutup keaibpan seseorang muslim itu maka Allah akan menutup keaibpannya pula pada haru khiamat kelak. (Muttafakun alaih)
"
Paham dari Hadis:
1. Orang Islam mestilah hidup berbaik-baik dan tolong menolong diantara satu sama lain
2. Mereka ditegah melakukan penganiayaan diantara sesama sendiri.
3. Orang yang melakukan kebaikan dalam hidupnya akan dibalas pahala di Akhirat nanti.
4. Allah menolong orang yang suka menolong saudaranya dengan ikhlas.

Jumaat, 8 Januari 2010

BAKAR GEREJA: TINDAKAN JAHAT DAN MELAMPAU

KENYATAAN BLOG penasuasa:
Saya mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban. Islam sebagai agama yg mulia dan yg diredhai Allah melarang sama sekali perbuatan memusnahkan rumah ibadat agama lain.
Cari siapa yg melakukannya dan hukum dengan hukuman yg setimpal.Cari sampai dapat, walau dihujung dunia.
sekian.

Khamis, 7 Januari 2010

BERSIH DAN SELAMAT

Sepatutnya setiap perokok kena ada alat ni.
mudah dah lebih mesra pengguna.
Kebersihan disekeliling kawasan pun dapat diperlihara dengan lebih baik.
Jgn la pulak kaitkan dengan kebersihan udara.
dah memang jelas asapnya mencemar.
tambahan pula bau mulut.Usahlah dikenang2 lagi.
jauhkan diri anda darinya...
Jgn tiru aksi ini.