Pengikut

Isnin, 9 November 2009

BACUL DAN MALAS

Assalamualaikum.

Diantara penyakit jiwa yang boleh merugikan dan memundurkan umat manusia ialah berperasaan lemah diri, malas bekerja dan berusaha , bersifat kedekut atau bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari dalam diri setiap orang dengan sedaya upaya yang boleh.

Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ianya sudah melekat didalam diri tampa disedari oleh kita. Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya jauhkan dari sifat tersebut terutama dengan cara berdoa kepada Allah.

Nabi pernah berdoa menurut riwayat dari Annas bin Malik :

"Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas, takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau dari azap kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh"
(Riwayat dari Muslim)


Paham dari hadis ini,Rasulullah SAW. mengakui adanya sifat-sifat tersebut dan baginda sendiri berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari sifat tersebut. Rasulullah SAW. juga berdoa supaya dilindungi daripada terkena azab semasa di dalam kubur dan daripada sebarang kesusahan lain semasa hidup dan selepas mati.

Baginda juga berdoa kepada Allah supaya tidak dibebani hutang dan dikalahkan musuh-musuh. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah berusaha menghindarkan diri daripada sifat-sifat buruk disamping berdoa kepada Allah dijauhi daripadanya.



Pengajaran Hadis
• Perasaan lemah dan malas bekerja serta kedekut adalah sifat buruk yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.
• Hendak hindarkan diri daripada terus berada dalam sifat buruk tersebut.
• Disamping berusaha kita juga perlu berdoa kepada Allah.
• Wajib percaya bahawa adanya azab kubur selepas mati
• Islam adalah agama yang paling agung lagi tinggi sekali.

Sekian, wassalam

Khamis, 5 November 2009

BERPELUK DALAM CERAH !!!

Assalamualaikum.

Barangkali kita pernah mendengar ayat ini:-

Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah...
Bila kita melihat gambar2 ini tentu kita teringat pada hadis ini.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

1. Pemimpin yang adil.
2. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
3. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
6. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
7. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.






Gambar ini dicopy dari : http://trgkini.blogspot.com
Mudah-mudahan kita tergolong dalam 7 golongan yg mendapat perlindungan Arasy Allah pada hari yg tiada perlindungan selain dari perlindungan Allah.

Sekian, Wassalam.

Selasa, 3 November 2009

PENYAKIT TAK SEMBUH : UBAT HARAM?

Assalamualaikum.

Benda yg haram bila dah jadi darah daging, payah la nak bersihkan hati nurani,tubuh badan dari sifat2 mazmumah. Malahan penyakit pun tak sembuh2.

Nabi telah sebut,setiap penyakit ada ubatnya.kecuali tua @ mati. Soalnya adakah ubat yg sering kita dapatkan di hospital kerajaan, hospital swasta, klinik kerajaan, klinik swasta atau syarikat2 yg menjual ubat menyediakan ubat yg bebas 100% dari unsur yg haram?
Terutamanya kapsul yg diperbuat dari geletin BABI.
Itu sahajakah yg haram? tidak!!!bukan babi semata2, bahkan jika geletin dari binatang yg diharamkan kepada ummat islam dan juga yg binatang yg halal dimakan tapi tidak disembelih dengan kaedah syarak yg betul.maka hukumnya tetap sama.

Kerana nak mudah dan murah kita sering terlalai dalam masalah ini.Bagi sebahagian dari kita kesembuhan itu penting walau apa cara dan kaedah yg kita gunakan. Tolak tepi soal halal dan haram. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Itu belum sebut soal barakah dalam kita berubat. Adakah ubat yg kita guna atau makan itu dibuat oleh tangan2 yg sering berwuduk atau tangan2 yg penuh dengan dosa dan noda?

Ada baiknya dan menjadi kewajipan kepada kita Ummat Islam supaya kembali kepada perawatan yg diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dan ubat2 yg dibuat oleh tangan2 mereka yg tunduk pada Tuhan semesta Alam.

cuba baca berita ini : dipetik dari malaysiakini.com

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.



Bagi yg ada kesedaran dan keinginan untuk melihat ruang Ummat Islam mendapatkan Ubat2 yg halal lagi baik,bolehlah menghubungi saya melalui email untk mendapatkan maklumat dan pendedahan tentang kehebatan perawatan Nabi Junjungan kita.Rawatan terbaik zaman berzaman. Boleh menjadi ahli seumur hidup. Sama2lah kita membantu saudara2 kita yg masih belum sedar dengan hal ini.

Email saya : wanzs12@yahoo.com


sekian. Wassalam

Jumaat, 30 Oktober 2009

TOK GURU : BURUNG PUN PANDAI

Assalamualaikum.

Hebat tok guru ni.
Kemahiran dan kaedah yg digunakan mungkin boleh diguna pakai di Malaysia bagi mencari cara terbaik mengajar anak2 melayu yg dah cukup umur tapi masih belum mampu membaca Al-Quran dengan betul.

Silap sistem pendidikan atau silap ibubapa mendidik anak atau silap masyarakat yg kurang prihatin atau apa2 lah sebab yg sesuai?
Harus diketahui bilangan ummat islam yg masih belum mampu membaca Al-Quran amat membimbangkan. Baca pun tak boleh, ini pulak nak beramal. Yg pandai baca pun ramai yg tak beramal.Iye tak?

Nak dijadikan cerita, burung pun bila sering diajar ia akan pandai. Siap boleh baca Al-quran lagi.saksikan ia:



Manusia perlu mengambil pengajaran dari setiap ciptaan Allah.
sekian, wassalam

Khamis, 29 Oktober 2009

ADIL MENGHUKUM DAN MENILAI

Assalamualaikum.

Adil lawannya zalim. Adil salah satu sifat yg harus dimiliki setiap orang demi menegakkan kebenaran. Sifat adil merupakan antara perintah Allah. Perkataan adil banyak disebut dalam Al-Quran dengan pelbagai pegertian dan konteks.
Dalam banyak espek kehidupan beragama, sifat adil seringkali ditetapkan sebagai syarat mutlak dalam sesuatu perkara. Tanpa sifat tersebut, maka perkara itu menjadi batal.macam hakim, pemerintah,saksi,perawi hadis dan lain2 lagi.
Panduan Al-Quran menjelaskan adil itu adalah tidak memilih bulu. samada kita benci atau suka tetap kena adil dalam membuat keputusan. Begitu juga musuh atau kawan.Kerna inilah jalan2 mendekatkan diri pada taqwa.



Hakikat yg sering berlaku, kita sering menghukum sesuatu bukan atas dasar keadilan pada kawan atau lawan. Bila membuat sebarang keputusan atau tindakan pada musuh,kita cenderung bertindak zalim. Ancaman bagi yg bersikap zalim pada perkataan atau perbuatan adalah siksaan yg pedih. Pastinya rugi jika kita masih gagal bersikap adil dalam menentukan sesuatu perkara. Sedarlah,sebenarnya kejahilan itu puncanya.

Sekian, wassalam

Rabu, 28 Oktober 2009

USAHLAH MENUTUP KESILAPAN DENGAN KESILAPAN

Assalamualaikum...

hari ini ada banyak persoalan akan terjawab, mudah-mudahan yg terbaik yg akan kita dengar dan dapat, harap-harap begitulah.InsyaAllah.

Setiap manusia tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan, tetapi bagi orang mukmin sebenarnya tidak akan mengulangi sesuatu kesalahan itu berulang kali. Kalau ia terlupa atau tersilap dan terlanjur ia tidak akan mengulangi buat kali kedua dan ia terus menyesal dan bertaubat kepada Allah.

"Diceritakan daripada Abi Hurairah dari Nabi SAW. Baginda bersabda : tidak disengat seseorang mukmin itu dua kali dalam satu lubang "
(Riwayat Bukhari)

Paham dari Hadis :

Didalam hadis di atas Rasulullah saw. menerangkan bahawa orang mukmin yang sebenar itu ialah mereka yang sentiasa berwaspada dan menjaga dirinya daripada terjatuh kedalam perbuatan maksiat , jika sekiranya terkeliru melakukannya, tidak diulanginya kesalahannya itu pada kali yang lain. Seperti seorang yang berjalan di sebatang jalan , tiba-tiba tampa sengaja dia terjatuh ke dalam lubang. Sudah pasti dia akan berhati-hati bagi kali kedua apabila melalui jalan tersebut. Begitulah jika seorang muslim yang terlanjur melakukan kesilapan dan maksiat sudah pastinyalah ia akan menyesal dan tidak akan mengulangi kesilapan dan dosa yang sama

Oleh yang demikian itu hendaklah seseorang itu berwaspada dan berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perbuatan supaya ia tidak terjerumus dalam melakukan maksiat dan kesilapan berulang kali .
Oleh sebab itulah kita dianjurkan agar sentiasa bertaubat kepada Allah sekiranya kita terlanjur melakukan sesilapan dan dosa.

Pengajaran Hadis

• Orang mukmin hendaklah menghindarkan diri dari melakukan kesilapan dan maksiat
• Sekiranya terlanjur melakukan kesilapan dan maksiat jangan diulangi kali yang lain
• Hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan kesalahan yang dilakukan
• Orang mukmin tidak mudah tertipu beberapa kali pada kesilapan yang sama.









*keterangan gambar : Sekadar Hiasan dan iktibar.

sekian, wassalam...

Ahad, 25 Oktober 2009

GEMPAR : UBI BERDIRI SETELAH SEJADAH BEDIRI

Assalamualaikum...

Menggemparkan negera!!! Keluar didada akhbar arus perdana tentang keajaiban ini, dan peristiwa yg berlaku di Pasir Mas adalah kemuncah kegemparan ini kerna melibatkan bepuluh2 sejadah yg berdiri.Adakah ini suatu fenomena macam gempa bumi yg berlaku di Indonesia?

Bagi yg mempunyai sejadah kat rumah boleh try cuba buat. Adakah menjadi seperti gambar yg disertakan ini.



Mudah je kan nak bagi sejadah berdiri. anda buat dan anda panggil tv3 buat lapuran tentang sejadah berdiri. Glamour gitu, boleh masuk tv.

Pelik dan makin pelik, minda 1 malaysiakah ini? budak2 pun boleh buat.Benda yg boleh buat kat rumah,surau atau mana2 masjid pun nak hebohkan ke seluruh negara.Habis mufti pun kena bagi komen. Bab masjid besar tapi kosong dengan jamaah tak la pulak jadi isu utama. Bab berribu2 lemon anak tak berdosa dibuang dimerata2 tempat tak pulak berusaha sedaya mungkin untuk membendungnya berasaskan kekuasaan yg ada.. Jalan2 kearah memantapkan aqidah perlu ditingkatkan la supaya ada rasa Takwa dalam diri.

Kalu nak tengok yg pelik tapi menunjukkan kehebatan kekuasaan Allah tengoklah gambar ubi nie. Agak pelik. Tapi menawan gitu. Sedap kalu digoreng ni.





Subhanallah!!! Maha hebat ciptaan Allah dilangit dan dibumi serta apa jua yg ada diantara keduanya...

sekian, wassalam