Pengikut

Isnin, 7 Mei 2012

PEMECAH BERITA...AWATNYA TAK PUEH HATI?

Setiap kebaikan yang dinikmati oleh orang lain janganlah pula kita berusaha nak supaya ianya hilang dari dinikmati oleh orang lain.
Setiap dari kita kena berusaha memberi sumbangan dan tidak merasa kecewa walau kurang dihargai..
Tak pernah dapat sebarang anugerah walau berkerja keras tak mengenal waktu dan ketika.
Ikhlaslah dalam membuat amal. Kerana Keikhlasan itu akan mendapat ganjaran dari Allah yang maha kaya. 
Apa yang penting kita kena sentiasa bekerjasama melawan segala kezaliman dan perkara mungkar...


KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara di sini Ahad.

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur di sini.

Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapan beliau, Rosmah berkata golongan belia perlu melihat penglibatan di dalam industri sukan sebagai peluang untuk meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarga.

"Kesemua kemajuan dan transformasi di dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan akan mewujudkan peluang ekonomi yang besar kepada belia.

"Setiap aspek penganjuran kesukanan menyediakan nilai ekonomi yang sangat tinggi dan peluang yang sangat luas kepada belia untuk diterokai," katanya.

Beliau berkata para belia harus bersedia dan memantapkan diri dengan pengetahuan dalam aktiviti sukan yang ingin diceburi.

"Para belia cenderung untuk kekal di dalam industri sukan berbanding industri lain, justeru perancangan yang teliti serta kemahiran penting bagi memastikan kelangsungan mereka di dalam industri itu," katanya.

Turut menerima anugerah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zokples Embong iaitu Anugerah Pengurusan Sukan dan atlet skuasy kebangsaan Azlan Iskandar (Anugerah Khidmat Masyarakat).

Persatuan Pengurusan Pelanggan dan Pusat Hubungan Malaysia (CCAM) meraih Anugerah Perkhidmatan Pelanggan manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) muncul penerima Anugerah Promosi Gaya Hidup Sihat Melalui Sukan.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan