Pengikut

Isnin, 27 Februari 2012

AZIZAN RAZAK TIADA MASALAH UNTUK PATUH

Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak ada masalah nak kekalkan semua Exco.
Jika jawatankuasa parti mahu semua 10 EXCO kekal, saya boleh patuh tetapi adakah kedua-dua mereka mahu kekal sebagai EXCO," ujar beliau.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata terpulang kepada Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sama ada mereka mahu kekal sebagai EXCO kerajaan negeri atau tidak.

Katanya, beliau tidak dapat memastikan bahawa kedua-dua EXCO itu akan kekal walaupun Jawatankuasa PAS Pusat sudah memutuskan bahawa semua EXCO kerajaan negeri Kedah akan kekal untuk tempoh setahun lagi.
Beliau berkata, walaupun Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan semua 10 EXCO itu kekal, namun ia tetap terpulang kepada Phahrolrazi dan Dr Ismail.
"Jika jawatankuasa parti mahu semua 10 EXCO kekal, saya boleh patuh tetapi adakah kedua-dua mereka mahu kekal sebagai EXCO," katanya di sini hari ini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail sudah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumum esok.

SUMBER : SINI

2 ulasan:

  1. setahun selepas Azizan dilantk MB kedah, timbul khabar-khabar yang tidak mengembirakan mengenai beliau daripada pimpinan PAS Kedah. Namun iklim lembab dan musim luruh telah melanda AJK PAS pusat. Khabar tidak puas hati terhadap Azizan tidak diambil peduli dan sindrom telinga badak telah menyerang Presiden dan AJK PAS pusat. Tambahan pula perasaan malu alah telah mencekam dan membarah dalam jiwa pimpinan parti.
    Pada hari ini, kudis panau dan kurap yang menyerang PAS Kedah telah menjadi barah apabila kuman Azizan makin tidak mendengar kata. PAS Kedah bukan sahaja memalukan semua ahli PAS seMalaysia, bahkan akan menjadi contoh kotor kepada rakyat Malaysia yang termimpi-mimpi ingin berada dibayangan bulan purnama.
    Sikap berpolitik secara kura-kura tua mestilah ditinggalkan oleh pimpinan parti, keletihan mestilah disemangatkan kembali, bertindak seperti seekor singa dan cepat seperti seekor harimau bintang mestilah dibudayakan.
    Adakah ahli PAS terpaksa menaiki keretapi tua dizaman jepun untuk berkenderaan untuk hari ini?

    BalasPadam
  2. teringat waktu pertandingan tim presiden zaman Allahyarham Ust. Hassan Sukyri vs Ust. Nasha.. Kuda tua lawan kuda muda.. takkan nak pilih kuda tua...antara kempen yang kedengaran waktu itu.
    Memimpin bukan semudah bertutur atau berkempen. Saidina Ali bila naik menjadi Khalifah dituduh lembab dan lambat (macam-mcam label diberikan: cnth-kura-kura, kuda tua, kereta api tua,telinga badak, ketegaq dan macam-mcm lagi) kerana lambat bertindak terhadap kes pembunuhan Saidina Othman. Sedangkan pemimpin berusaha sehabis daya nak menegakkan keadilan. Yang kat bawah kira nak bunuh Saidina Ali aje..
    Berhati-hati dan berwaspada dikatakan keletihan dan keretapi tua.
    Bergopoh gapah itu budaya Syaitan.

    BalasPadam