Pengikut

Isnin, 30 Januari 2012

PRESIDEN PAS YANG DISURUH BERHENTI..

Dulu ada yang sarankan agar dia berhenti dari jadi Presiden.
Macam-macam la alasan dan anggapan yang diberikan. Tentu ramai yang masih ingat kisah tersebut.
Menjadi pemimpin bukanlah tugas yang mudah. Tetapi bila diberi kepercayaan dan diamanahkan ianya dilaksanakan sebaik mungkin dalam masa yang sama sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan pertolongan Allah.

Pakat baca ulasan ini :

PRESIDEN NAK BERHENTI??? GILA KUASA...


Tetiba gempita Malaya dengan kenyataan TG Presiden yang disiarkan oleh Sinar Harian dalam temubual ekslusifnya. Gempitanya kerana adanya kenyataan TG Presiden menawarkan diri untuk tidak bertanding dalam PRU 13 atau sekurang kurangnya melepaskan salah satu kerusi yang disandangnya sekian lama.

Tak kurang yang bersedih dan ada yang bertepuk tangan malah mungkin ada yang sedang mencongak untuk memanjangkan kenyataan yang tak berapa nyata itu. Mungkin untuk mengambil peluang agar ulama tersohor di peringkat antarabangsa itu meninggalkan kerusi Presiden dalam tempoh terdekat. Saya hampir pasti ada gelombang untuk menggerakkan kenyataan yang tak berapa nyata ini bagi mencapai satu visi… Tak kurang umNO yang tak paham politik Islam.

Bukan baru kenyataan TG Presiden untuk mengundur diri dalam jawatan malah secara rendah diri TG Presiden pernah menyatakan untuk pulang sebagai nelayan andai ada yang amanah untuk menjaga Islam dan memartabatkannya di Negara ini. Bukan hanya TG Presiden, malah TG Mursyidul Am juga seringkali menyatakan yang serupa. Cuma MB tak Jadi Kelantan - Awang Adek terlupa atau pekak ketika kenyataan itu dibuat…mungkin juga dia hilang akal masa tu…

Bagi orang yang berjuang dengan pimpinan dan tuntunan Rasulullah, kenyataan seumpama itu adalah zikir mereka. Ia menunjukkan kerendahan hati terhadap nilai perjuangan… Bagi yang berjuang Islam… Diri mereka adalah tali temali yang silih berganti untuk meneruskan mata rantai sebuah perjuangan… Untuk menjulang Islam dan bukan menjulang diri sendiri.

Kenyataan itu bukan menolak tanggungjawab tetapi menyedari erti dan hakikat sebuah perjuangan. Tidak pernah meminta dan bukan itu yang di haloba. Bagi yang berjuang untuk pangkat dan kelebihan …ianya satu tindakan tidak cerdik. Bagi mereka pangkat dan kekuasaan adalah jalan kemegahan, kekayaan dan kemasyhuran. Mereka berlumba malah sanggup menindas dan menyepak rakan dan sahabat. Malah ada yang sanggup memijak kepala sahabat seperjuangan. Menumpang di atas kesusahan orang lain untuk kesenangan diri… istilah popular hari ini…PARASHIT!!!!

Kenyataan TG Presiden adalah satu penegasan menyambung perjuangan Presiden sebelumnya Ustaz Fadhil Nor… Almarhum bersedia mengundur diri untuk memberi laluan kepada sesiapa sahaja yang amanah menjadi PM jika BN dikalahkan. Kenyataan di keluarkan di saat PAS sangat berkuasa… Inilah persamaan tawadhu pimpinan Ulama PAS terhadap jawatan.. sesuatu yang mungkin bodoh bagi mereka yang Gila pangkat dan kemewahan!
Yakinlah… TG Presiden tidak akan berundur selagi perjuangan belum berjaya mendaulatkan Islam di tempatnya. Bagi yang ghairah mengulas agar diberi muka baru memimpin PAS sebenarnya jahil terhadap nilai perjuangan Islam… saya tak heran jika ia datang dari luar PAS…namun jika ia seorang ahli PAS… sebenarnya ia lupa PAS adalah sebuah Gerakan Islam…dan bukan hanya parti yang mencari kuasa… atau dikata GILA KUASA…

SUMBER : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan