Pengikut

Selasa, 17 Januari 2012

CIKGU PUN TAK TAHAN...

Mana nak tahan.
Kalau hari-hari kena balun.
Makin hari makin teruk.
Hingga lubang paku pun kena tutup...takut kena intai..

ALOR SETAR: Seorang guru yang tidak tahan didera secara mental dan fizikal, termasuk dipukul dan diugut akan disembelih oleh suaminya yang terlalu cemburu dipercayai akibat pengaruh dadah, meminta jasa baik Kementerian Pelajaran membantu segera masalah perpindahannya ke Semenanjung dari Lahad Datu, Sabah atas faktor keselamatan.

Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah St Dominic, Lahat Datu, Siti Muniroh Mohd Shukri, 31, nekad melarikan diri bersama seorang anak lelakinya, Al Mustaqim Aldin yang berusia sembilan bulan selepas tidak tahan menanggung keperitan bersuamikan lelaki baran, cemburu dan sering berhalusinasi, terutama bila berada di bawah pengaruh dadah.
Sebelum melarikan diri, Muniroh yang berasal dari sini pernah berbincang dengan guru besar sekolah berkenaan dan tindakannya itu turut mendapat bantuan kakak ipar dan ibu mentuanya yang membelikan tiket penerbangan supaya dia boleh pulang ke Semenanjung.
Selain itu, beliau juga membuat laporan polis di Lahad Datu sebanyak dua kali selain ke Mahkamah Syariah untuk menuntut cerai. Siti Muniroh kini dalam proses menuntut fasakh di Mahkamah Syariah, Alor Setar.

Muniroh berkata, beliau dipukul, dikurung, dimalukan dan tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai guru, selain dibelenggu masalah hutang dengan along dan bank melalui pinjaman peribadi serta kad kredit yang dibuat oleh suaminya.

“Suami saya yang terjebak dengan dadah sekitar 2010 selepas kami berkahwin pada Jun 2009. Dia sangat cemburu hingga sanggup mengurung dan memukul saya saban hari hanya kerana saya bercakap dengan lelaki, termasuk dengan abang iparnya dan saudara maranya sendiri.

“Dia juga meminjam dengan along, memohon kad kredit dan beli kereta guna nama saya secara paksa. Selepas itu, dia paksa saya jelaskan pula hutangnya, jika tidak saya jadi mangsa terajang dan disepak.
“Sikap cemburunya pula semakin menjadi-jadi bila dia di bawah pengaruh dadah. Dia akan tuduh ada lelaki lain masuk ke rumah, sedangkan hanya saya dan dia saja yang ada ketika itu. Disebabkan cemburu juga, dia menutup semua lubang termasuk lubang paku pada dinding rumah kerana merasakan ada orang mengintai kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Siti Muniroh berkata, apa yang diinginkannya sekarang adalah Jabatan Pelajaran membantunya untuk berpindah ke mana-mana tempat di Semenanjung kerana dia masih sayangkan kerjanya selain ia adalah minatnya sejak kecil.

“Saya pernah menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah di tempat saya mengajar, namun maklum balas diterima kurang baik apabila pegawai di sana berkata bukan masalah saya saja yang dia kena selesaikan.

“Saya juga membuat permohonan secara dalam talian kepada guru besar dan Jabatan Pelajaran Sabah, selain bertemu pegawai jabatan itu di sini serta kaunselor,” katanya.
SUMBER : SINI

1 ulasan:

  1. Alhamdulillahirabbilalamin. Undang2 ciptaan manusia sekarang mengarut. Pengadilan yang mengeramput menyebelahi orang yang berkedudukan. Dengan sewenangnya menyebarkan fitnah tanpa mendengar penjelasan suaminya. ADILKA,kononnya pasti berjaya segala perancangan sedangkan perancangan ALLAH S.W.T lah yang muktamad. Ada pihak dak puas hati silakan saya suaminya yang selama ni di fitnah kerana hak kebenaran kehidupan ujian Tuhan Yang Agung. Saya sanggup menjelaskan segala penipuan dan semoga yang salah dapat diperbetulkan. ALLAH S.W.T berpihak kepada orang yang benar. Mentang2lah pakciknya tu orng kuat BN Kedah, put-put suka hati jak menabur fitnah. Ahli Politik Yang Penipu Kampret. Jangan diingat diam, dengan harta yang ko adatu suka hati ko blh pijak kepala orang.AGAK2 WOI.... Wasalam

    BalasPadam