Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Isnin, 19 September 2011
YES!!! KAMI SOKONG... TAPI...
Sokong!!! tiada yang ingkar.hehe
Yakin dengan tindakan itu telah mengambil kira kepentingan negara.
Kisah sokongan yang diterima PM :
Sebelum itu baca amaran yang diberi oleh Pak Lah kat SINI
Keputusan bijak
KALUMPANG – Pengumuman Perdana Menteri mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dianggap keputusan dinamik dan berpandangan jauh.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Daerah Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, keputusan berani dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak itu diyakini mengambil kira semua aspek dan kepentingan negara.
“Kita terima cabaran ini dan melihat ke hadapan.
“Saya yakin Perdana Menteri sudah menilai perkara ini dan keputusan dibuat juga dinamik serta berpandangan jauh,” katanya mengulas mengenai keputusan Perdana Menteri memansuhkan ISA.
Mohamed Idris ditemui pada Jamuan Aidilfitri Merdeka Dewan Undangan Negeri (Dun dan Umno Gugusan Kalumpang yang diadakan di perkarangan Pejabat Dun Hulu Bernam di sini.
Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Hulu Selangor, Harumaini Omar.
Turut hadir, Ketua Wanita Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar; Ketua Pemuda Umno Bahagian, Mahmud Kasim dan Ketua Puteri Umno Bahagian, Zahana Hamdzah.
Dalam Perutusan Khas Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan dua undang-undang baru akan digubal menggantikan akta itu.
Dua undang-undang baru itu digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Sementara itu, Mohamed Idris berkata, cadangan penggubalan dua undang-undang menggantikan akta ISA yang akan dibuat pastinya mengambil kira faktor keselamatan dan membantu negara menangani isu keganasan.
Menurutnya, segala keputusan dibuat akan meneliti keperluan zaman kini sesuai dengan kemajuan serta kepesatan teknologi.
sumber : sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan