Ingat baik-baik. Ditangguhkan hingga mereka dapat cari waktu yang sesuai atau alasan "kenaikan tidak membebankan" atau tiada kenaikan cuma "pelarasan".
Maknanya ada potensi bila dah menang lagi pada akan datang baru teruskan..
Apa yang penting, sama-sama kita tunggu sebelum kita semua kena auta buat sekian kalinya lagi..hahaha memang best!!!
Baca baik-baik :
TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar: Rais
2011/09/12
KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).
Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Khamis ini.
Sumber : SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan