Pengikut

Isnin, 29 Ogos 2011

KESEDIHAN DALAM KEGEMBIRAAN...



Perutusan sempena hadirnya 1 Syawal :
Alhamdulillah, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita..
Syukur kepada Allah atas limpahan nikmat kepada kita semua..
Antaranya nikmat kehidupan..
Allah yang mengeluarkan kita dari perut-perut ibu-ibu kita, dalam keadaan kita tidak mengetahui apa pun. Kemudian Allah kurniakan pendengaran, penglihatan dan perasaan..
Maka ini semua ini nikmat yang wajib kita syukurinya..
Bagaimana?
Gunalah pendengar itu dengan sebaik mungkin,
gunalah penglihatan sepertimana waktu kita berpuasa,
gunalah hati nurani kita untuk berfikir dan menilai pada asas iman.
Jadilah hamba yang taat, patuh, tunduk dan setia pada ketetapan Allah dan Rasulnya,
meninggalkan segala larangannya, samada waktu sukar atau waktu senang.

Sahabat-sahabat sekelian...
Setiap yang datang itu, pasti akan berlalu...
Setiap yang pernah hadir pasti akan pergi meninggalkan kita...
Ramadhan akan berlalu pergi...Syawal pula menanti..
Kesedihan meninggalkan ramadhan, mengharapkan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan,
gembira menyambut kemenangan melawan hawa nafsu pada hari yang diharamkan berpuasa.

Sesiapa yang beriman dengan Allah, sesungguhnya Allah itu maha hidup, tidak sesekali mati..
Maka teruskanlah amalan yang baik itu dilaksanakan, biarlah ramadhan menjadi titik pengukuhan amalan dalam kehidupan kita seharian.
Semoga kita dapat mengekalkan dan menambah baik setiap amalan kita bersempena dengan kehadiran Syawal ini.

Maka pada kesempatan ini, Saya memohon ampun dan maaf, kepada semua yang sudi melawati laman blog ini, yang sudi menjadi pengikut setia atau tanpa setia sekiranya ada yang terasa, tersinggung dengan penulisan yang dibuat. Apa yang baik dari Allah jua. Dan yang silap dan salah itu dari kelemahan diri ini jua..
Semoga ada kebaikan dalam perkongsian ini.
SELAMAT HARI RAYA.. AIDILFITRI AL-MUBARAK..
Jumpa lagi setelah berlalunya Aidilfitri..

Begitulah adanya..Sekian
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan