Pengikut

Khamis, 2 Jun 2011

Timbalan Presiden Pas..?

Pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas memang sengit.
Masing-masing ada penyokong yang sedia memberi undi dan ada yang turut sama berkempen samada secara terang mahupun secara halussssssssssss.

Adakah Ust. Nasha mampu mengekalkan jawatan tersebut?
Adakah Mat Sabu bakal memecahkan tradisi?
Adakah Dato' Tuan Ibrahim bakal membuat kejutan?

Setelah meneliti, mengamati dan menghalusi dari sudut pandang yang berbeza dan pelbagai unsur, dapatlah dirumuskan, bahawa setiap dari mereka ada kelebihan masing-masing.

Bagi aku, siapa pun yang terpilih memegang amanah tersebut, adalah mereka yang terbaik dikalangan yang terbaik.
Paling penting, tugas menentang wajah, warna, dan segala bentuk fahaman sekularisme merupakan tugas yang mesti diutamakan dan berterusan hingga akhir hayat...

Perjuangan mestilah berdasarkan kepercayaan bahawa semua perkara dalam dunia ini milik Allah dan ekoran itu perintah-Nya dalam Al-Quran dan Hadis mesti dituruti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan