Pengikut

Jumaat, 16 Disember 2011

SAPA NAK PEJATUH SAPA?

Macam-macam cerita. Orang ni nak pejatuh orang tu, orang tu nak pejatuh orang ni.
Ini menurutnya adalah satu pakatan jahat pembangkang yang cuba nak jatuhkan kredibilitnya sebagai pemimpin..

Noh Omar Nafi Hina Hukum Hudud

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mendakwa tindakan mengaitkan beliau dengan penerbitan klip video yang menghina hukum hudud adalah satu pakatan jahat pembangkang yang cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin di negeri Selangor.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan itu mungkin satu tuduhan dan konspirasi yang cuba dilakukan pembangkang untuk mengaitkan beliau dengan isu sensitif.

"Apa lagi isu, melainkan cara pemimpin pembangkang yang akan serang secara peribadi pemimpin-pemimpin (Barisan Nasional) terutama saya yang berada di Selangor supaya kredibiliti saya hilang (dan) rakyat Selangor tidak percaya kepada kepimpinan saya," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional anjuran Majlis Profesor Negara di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan media pembangkang, Rabu, yang mendakwa penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip menghina hukum hudud dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang itu, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, disamping blog Pena Noh.

Noh berkata beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana orang untuk melakukan perkara itu, dan menafikan dakwaan tersebut.

"Pembangkang di Selangor ini, cukup bimbang dengan saya. Dulu fitnah pasal isu insentif padi, tapi yang ini (video hina hudud) saya cukup terkejut dan saya tidak buat (perkara itu)," katanya. - BERNAMA



*PM dan TPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan