Pengikut

Jumaat, 23 Disember 2011

JANGAN JADI HABUAN SERIGALA!!!

Wahai diriku...
Jangan belagak pandai hanya kerana ada gelaran Dr, Prof, MA, BA ,STPM, SPM, PMR atau upsr dapat semua A.
Jangan anggap diri tahu segalanya dan segala yang terluah dari bicara dan tindakan diri adalah yang yang terbaik dan terbetul.
Semangat bukan main berapi-rapi, tapi takde ilmu pastu tak paham dan lambat paham. Memang bermasalah dan akan membuatkan orang lain turut terpalit sama.
Ilmu bukan main hebat, tapi adab dan akhlak macam hampeh, memang bakal kena baham musuh secara sedar, separa sedar atau memang tak sedar diri.

Bukan Dr Hasan Ali je kena paham molek, pemimpin-pemimpin lainnya, dan aku sendiri kenalah baca dan paham : Mudah-mudah Dr Hasan, para pemimpin dan aku dapat mengelak dari kena baham dengan serigala...

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 122:

Maksudnya: (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah: 122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

مَنْيُرِدْاللَّهُبِهِخَيْرًايُفَقِّهْهُفِيالدِّينِ

Maksudnya: (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya faqeh (faham) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya... Bacaan lanjut kat SINI




*Gambar hiasan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan