Pengikut

Rabu, 2 Mac 2011

CONTOH AHLI YANG TAK BERSYUKUR KE NI?!!!

Jika anda nak dianggap sebagai besyukur anda tidak boleh membantah, melawan dan hanya boleh menyokong hanya pada satu parti sahaja.
Jika tidak anda pasti akan dianggap sebagai tidak bersyukur.
Samada anggapan itu benar atau khurafat semata-mata, anda boleh nilai sendiri.

Bersyukur kerana ada hidayah dari Allah.
Bersyukur kerana kita terpilih dilahirkan dalam keadaan Islam, dan kita memeliharanya hingga saat akhir.

Berita di bawah sesuatu yang tidak disukai sesetengah pihak...

TEMERLOH - Dua belas orang ahli Umno dari kawasan yang dianggap 'paling kebal' dan 'merupakan deposit tetap undi' untuk Umno-BN, Jengka 25 telah keluar dari parti tersebut semalam.

Mereka mengisytiharkan keluar Umno, sekaligus menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mereka di ketuai oleh Encik Muzammil yang juga bekas Pengerusi Umno Cawangan Jengka 25.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS bagi PRK Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Encik Balasubramian.
sumber : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan